Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Layari cahaya-pemimpin.deviantart.com untuk ke galeri lukisan dan foto kahwin saya. Syukron! X3

Monday, September 14, 2009

5 SEBAB WANITA MENGALIRKAN AIR MATA

PSIKOLOGI PERKAHWINAN


5 SEBAB WANITA MENGALIRKAN AIR MATA

Ramai lelaki mengeluh tentang sikap wanita yang sukar difahami dan sukar dijangka. Ada waktunya begitu gembira tapi sekejap kemudian wajah bermuram durja. Ketika ditanya, pasangan mendiamkan diri hingga membuatkan lelaki bergelar suami berasa keliru. Tak kurang juga yang tiba-tiba saja merajuk tanpa ketahui sebab mahupun punca. Sewaktu bersua dipagi hari, kelakuannya seperti biasa, tapi pulang dari bekerja dan bertemu di rumah sikapnya sungguh berbeza. Wajah masam mencuka tanpa sepatah pun kata-kata. Puas dipujuk tapi tak juga berhasil.

 

Namun yang paling membuatkan suami berasa ralat bila tiba-tiba melihat pasangan mengalir air mata. Bukan sekali dua tapi selalu berlaku. Bergaduh tidak, tersalah kata tidak, dimarahi pun tidak jadi mengapa wanita mudah menangis tanpa punca.

                Selalunya pada fahaman kaum lelaki apa yang berlaku pada pasangan mereka ini memang sudah menjadi sifat azali mereka. Perasaan mahupun mood mereka  boleh tiba-tiba bergelojak, turun naik bila-bila masa saja. Tapi hakikat sebenarnya, wanita pastinya tidak akan mengalirkan air mata begitu mudah tanpa alas an yang jelas. Wanita juga tidak mahu kelihatan bersikap keanak-anakan di hadapan pasangan mereka. Tiap kali mengalirkan air mata pastinya ada sebab. Oleh itu lelaki yang bergelar suami harus mengetahui punca ini agar boleh memahami hati dan perasaan isteri mereka.

 

 

1.       FAKTOR HORMON
Memasuki waktu pra menstruasi wanita sering
  bersikap lain daripada kebiasaannya. Antaranya seperti sering marah-marah, sukar mengawal emosi dan sangat sensitive dengan hal-hal yang bersangkutan dengan hati dan perasaan.

Kadang-kadang hanya kerana hal yang kecil saja, seperti suami terlupa membeli barang yang dipesannya, isteri boleh tersinggung dan kemudiannya menangis. Isteri juga boleh tiba-tiba marah atau naik angin kerana perkara tidak seberapa hingga membuatkan suami kebingungan menghadapi sikap tersebut.

 

2.       INGIN MEMANIPULASI KEADAAN

Rasa bersalah atau malu sering diungkapkan oleh wanita dengan menangis, perkara ini dilakukan semata-mata untuk menarik rasa simpati dan usaha untuk menutupi kesalahan dari pasangan agar tidak marah atau kecewa dengan dirinya.

Sememangnya sikap ini tidak langsung mencerminkan kedewasaan atau kematangan di hadapan pasangannya namun bagi sebahagian wanita mereka menganggap ia cukup berkesan untuk mendapatkan kemaafan atau sekadar bermanja-manja dengan pasangannya.

 

3.       PERASAAN EMOSI

Jika wanita didapati pasangan mengalirkan air mata bukan sahaja kerana faktor hormon atau manipulasi, barangkali faktor emosi yang menjadikan wanita bertindak seperti itu. Banyak faktor yang menyebabkan wanita merasa emosi seperti kekecewaan, sakit hati, kesedihan atau masalah yang melibatkan perasaan. Ketika emosi wanita sedang memuncak dan tidak dan tidak bertemu tempat untuk mencurahkan isi hatinya, kebiasaannya menangis menjadi jalan penyelesaian yang dipilih untuk melepaskan rasa sesak pada perasaannya.

 

4.       AMARAH

Ada berbagai cara wanita berhadapan dengan rasa marah, ada yang menjerit, membebel tanpa henti, bersikap kasar, berdiam diri dan boleh jadi hanya mampu menangis. Tangisan ini kadang-kadang membuat orang di sekelilingnya terutama pasangan turut terkena tempiasnya.

Jika sudah dalam situasi sedemikian, biasanya wanita ingin sekali diberi perhatian, didampingi dan keluhannya didengari oleh suami, teman dan juga ibu bapa mereka. Melalui cara itu ia mampu meredakan rasa amarahnya kerana wanita akan berasa kuat dengan orang sekeliling yang mampu memahami situasi yang dihadapi.

 

5.       TERKENANGKAN SESUATU

Teringat kenangan silam baik sama ada yang menggembirakan atau menyedihkan tentu pernah mengalami setiap orang. Sudah tentu reaksinya juga akan berbeza-beza jika mengingatkan kenangan tersebut.

Khususnya bagi kaum Hawa, jika teringat kenangan manis, biasanya dia akan tersenyum sambil cuba kembali ke masa itu. Akan tetapi jika teringat perkara yang menyedihkan sikapnya boleh berubah secara tidak dijangka. Boleh jadi marah atau sedih bergantung kepada situasi dirinya ketika itu.

 

 

 

LELAKI JUGA INGIN DIRI DIFAHAMI

 

Seperti juga wanita yang ingin dirinya difahami, lelaki juga mahukan perkara yang sama terutama dari pasangan yang dicintainya. Oleh itu sebagai isteri tidak ada salahnya untuk member perhatian khusus pada suami agar dirinya mampu berasa selesa dari belaian anda. Ketika suami berhadapan dengan masalah atau menghadapi peristiwa sedih pastikan anda selalu ada di sisinya. Kehadiran anda pada saat itu merupakan kekautan untuknya bertahan dan keluar dari masalah yang sedang dihadapi.

 

Istilah I’ll be your shoulder to cry bukan saja ditujukan kepada kaum wanita yang mudah sekali menangis bila perasaannya terluka tapi juga untuk lelaki. Walaupun mereka pantang mengalirkan air mata di depan wanita khususnya, tapi sebagai manusia rasa sedih tidak dapat dielakkan pada waktu-waktu tertentu.

 

Sebagai seorang isteri anda harus bersedia untuk mendengar segala keluh kesahnya dan membuat dirinya kembali ketawa. Dia juga memerlukan tempat mencurahkan dan berkongsi isi hatinya.

 

Ketika seorang suami dihadapkan dengan pilihan yang mengelirukan, jadikan diri anda di pihak yang neutral dan tidak memihak ke satu-satu pihak. Berikan saranan terbaik untuknya agar mampu membuat keputusan tepat dengan rasa tenang keranan dirinya merasa bahawa anda selalu mendampinginya.            

No comments:

Post a Comment