Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Layari cahaya-pemimpin.deviantart.com untuk ke galeri lukisan dan foto kahwin saya. Syukron! X3

Saturday, July 31, 2010

TIPS BANGUN SUBUH

*~~~~*~~~~*~~~~*~~~~*~~~~*~~~~*~~~~*~~~~*~~~~*~~~~*~~~~*~~~~*~~~~*~~~~*~~~~*~~~~

1. Berwudhuk sebelum tidur
2. baca doa tidur
3. pastikan tempat tidur korang bersih
4. baca tasbih fatimah (33x Subhanallah, 33x Alhamdulillah, 34x Allahuakbar)
5. Baca ayat Kursi 3 x
6. baca 10 ayat terakhir surah kahfi
7. Baca 4 qul
8. Niat nak bangun tahajud (klau x terbangun dapat pahala tahjud free)
9. Maafkan dosa orang dan kita minta pada Allah supaya org yg kita pernah buat dosa akan maafkan kita.(amalan sahabat nabi)
10. Halalkan segala hutang (lepas bangun tidur boleh claim balik)
11. Jangan lupa sebelum tidur baca 2 kalimah syahadah
12. Niatkan pukul berapa kita nk bangun

*~~~~*~~~~*~~~~*~~~~*~~~~*~~~~*~~~~*~~~~*~~~~*~~~~*~~~~*~~~~*~~~~*~~~~*~~~~*~~~~

TANDA-TANDA KEMATIAN UTK ORG ISLAM

**********************************************************************
Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulama� adalah benar dan wujud
cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan
kepekaan kita kepada tanda-tanda ini. Rasulallah SAW diriwayatkan
masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat
secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal
hinggalah akhirnya hayat Baginda.

Imam Ghazali Rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini
sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi
sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan
segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali
cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah
memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung
tugas tersebut. Beliau wafat ketika ImamAhmad bersedia untuk
mengkafankan bahagian mukanya.

Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya
Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda
yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat
bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT.
Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-
orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang
menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa
sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.



Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :

TANDA 100 HARI SEBELUM MATI.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya
akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya.
Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma
samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku
lazimnya selepas waktu Asar.

Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan
mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging
lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti
kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini
rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa
mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan
hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang
tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan
tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja
tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini
maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada
untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa
atau ditinggalkan sesudah mati.

TANDA 40 HARI SEBELUM MATI

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita
akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita
akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka
malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat
persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti
kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan
memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka
yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun
malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut
nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

TANDA 7 HARI SEBELUM MATI

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan
musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-
tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI SEBELUM MATI

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita
iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka
berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi
banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan
memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi
orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat
dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu
di mana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan
sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI SEBELUM MATI

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu
denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini
menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan
harinya.



TANDA AKHIR.

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk
di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya
akan naik ke bahagian halkum.Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

PENUTUP

Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga
kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang
akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga
kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan
samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa
dan urusan hutang piutang kita. Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat
Allah SWT yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka
diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh
diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun
doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-
mata.

Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita
diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan
kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari
keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.
Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang
salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.





Rujukan 2

Subject: Tanda-Tanda Saat Kematian Thu 07 Aug 2008, 11:35 am
________________________________________
Subject:- Tanda-Tanda Saat Kematian

a. 100 hari : Seluruh badan rasa bergetar.

b. 60 hari : Pusat rasa bergerak-gerak.

c. 40 hari : Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh
dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama
tersebut lalu mendampinginya sehingga saat
kematiannya.Kadang-kadang orang yang akan mati itu
akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut
dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing.

d. 7 hari : Mengidam makanan.

e. 5 hari : Anak lidah bergerak-gerak.

f. 3 hari : Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.

g. 2 hari : Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.

h. 1 hari : Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh
dan asar.

i. Saat akhir : Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi
dibahagian belakang badan.Seelok-eloknya bila sudah
Merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan
qiam dan jangan lagi bercakap-cakap.

****** Bila Malaikat Mencabut Nyawa ******


Baginda Rasullullah S.A.W bersabda:

3. "Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu
badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui
kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut.



4. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain
dan kemudiannya mereka keluar.Datang lagi satu
kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya
dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya
mereka keluar. Akhir sekali datang lagi satu kumpulan
malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga
sampai kekerongkong dan itulah yang dikatakan saat
nazak orang itu."Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:

5. "Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat
Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah
kanan sehingga orang yang nazak itu dapat
melihat kedudukannya di syurga.Apabila orang
yang beriman itu melihat surga, maka dia akan lupa kepada
orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana
sangat rindunya pada syurga dan melihat terus
pandangannya kepada sayap Jibrail A.S."

6. Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan
menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu
dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu
orang itu tidak lagi melihat orang disekelilingi nya.
Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat
neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

7. Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T.
menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya
maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut
hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut
maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan
berkata:"Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini
melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan
lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T."

8. Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka
dia pun kembali kepada Allah S.W.T.dan menjelaskan apa
yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu Allah S.W.T.
berfirman yang bermaksud:
"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari
arah lain."Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah

roh orang mukmin dari arah tangan..Tapi keluarlah
sedekah dari arah tangan orang mukmin itu,keluarlah
usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu.

9. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh
orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah
mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap kepala
anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan."

10. Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh
orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba
pula dari arah kaki..Malangnya malaikat
maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: "Tidak ada
jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa
berjalan berulang alik mengerjakan dengan berjemaah
dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu."

11. Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin
dari arah kaki,maka malaikat maut cuba pula dari
arah telinga.Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga
maka telinga pun berkata:"Tidak ada jalan bagimu dari arah
ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan
Al-Quran & zikir."

12. Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin
dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata
maka berkata mata:"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini
sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan
kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah.

13. "Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T.
Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:
"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu
dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu."Sebaik
saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat
maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan
Asma Allah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan
cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut
dari arah mulut dengan tenang.

14. Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang ke mana roh pergi setelah ia
keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A:"Roh itu
menuju ketujuh tempat:-

a. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.

b. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.

c. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.

d. Roh Para Shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut
kehendak mereka.

e. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak
di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.

f. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung
dari minyak misik.

g. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,
mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."

15. Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia
yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari
mereka keluar dari kuburnya:-

a. Orang-orang yang mati syahid.

b. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam
bulan ramadhan.

c. Orang berpuasa di hari Arafah

Saturday, July 17, 2010

HUKUM MELUKIS

Artikel 1 :

Wednesday, December 26, 2007


Soalan;
Assalamualaikum
ustaz,
Saya menpunyai masalah berkaitan dengan hukum melukis komik.Saya minat utk melukis komik dan masalah saya ialah saya mendengar sesuatu hadis yang berbunyi mengatakan ''Allah melaknat tukang lukis''.Jadi saya pun gelisah dan saya ada niat nak melukis utk berdakwah jadi macam mana itu ustaz?

Jawapan;

Hukum melukis gambar bergantung kepada gambar yang dilukis dan tujuan ia dilukis. Perinciannya adalah seperti berikut;

a) Jika yang dilukis itu adalah gambar-gambar Tuhan yang disembah selain Allah seperti patung-patung berhala dan sebagainya, pelukisnya adalah kafir. Lukisan sebeginilah yang diancam dengan siksaan oleh Allah sebagaimana sabda Nabi s.a.w.;

إِنَّ أَشَدَّ النَّاسِ عَذَاباً يَوْمَ الْقِيَامَةِ الْمُصَوِّرُونَ
“Sesungguhnya manusia yang paling berat siksaannya di akhirat ialah para pelukis”. (Riwayat Imam Muslim).

Berkata Imam at-Tabari; “Pelukis yang dimaksudkan di sini ialah orang yang melukis Tuhan yang disembah selain Allah…”.

b) Diharamkan juga melukis dengan tujuan untuk menandingi ciptaan Allah, iaitu merasakan diri dapat mencipta dan membuat rekaan sebagaimana ciptaan Allah. Hal ini kembali kepada niat pelukis itu sendiri. Pelukis sebegini juga diancam dengan siksaan yang berat oleh Rasulullah s.a.w. dengan sabdanya;

أَشَدُّ النَّاسِ عَذَاباً عِنْدَ اللهِ يَوْمَ الْقيَامَةِ، الَّذِينَ يُضَاهُونَ بِخَلْقِ اللهِ
“Sesungguhnya manusia yang paling berat siksaannya di hari kiamat ialah orang-orang yang melakukan sesuatu untuk menandingi ciptaan Allah”. (Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim dari ‘Aisyah r.a.)

c) Diharamkan juga melukis gambar malaikat, para Nabi dan para sahabat iaitu orang-orang yang dimuliakan di sisi agama kerana dikhuatiri lukisan gambar mereka akan menjatuhkan kemuliaan mereka di samping berlakunya pemalsuan kerana tidak ada seorang pun yang hidup hari ini yang pernah melihat mereka.

d) Diharamkan juga melukis gambar tokoh-tokoh yang kufur, zalim atau fasik seperti pemimpin-pemimpin yang menentang Islam, memusuhi Syari’at Allah, penyanyi-penyanyi atau pelakon yang mendorong manusia kepada maksiat, memuja kebatilan dan sebagainya. Melukis gambar mereka merupakan pemujaan terhadap mereka sedangkan mereka adalah orang-orang yang dibenci oleh agama.

e) Diharamkan juga melukis gambar-gambar yang mendedahkan aurat, berunsur lucah dan menggairahkan nafsu dan sebagainya lagi yang dilarang oleh Syarak.

Kesimpulan, diharamkan melukis gambar-gambar yang menyalahi agama dan mengandungi unsur-unsur yang dilarang oleh Syari’at termasuk yang mendorong manusia kepada kekufuran, syirik, maksiat dan munkar. Adapun selainnya yang jauh dari perkara-perkara di atas, maka ia tidaklah diharamkan.

Sebenarnya, para ulamak mempunyai pelbagai pandangan dalam masalah melukis ini terutamanya jika objek yang dilukis itu adalah makhluk-makhluk bernyawa iaitu manusia dan binatang. Pandangan yang saya kemukakan di atas ialah pandangan yang ditarjih oleh Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam bukunya al-Halal Wa al-Haram Fil-Islam. Teruskan niat baik saudara untuk berdakwah melalui lukisan komik itu dengan menjaga batasan-batasan yang digariskan di atas.

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. al-Halal Wa al-Haram Fil-Islam, hlm. 103-106.

Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL at 9:52 AM- blogspot

Labels: Aqidah


Artikel 2 :

Buku yang ditulis oleh ulamak tersohor Syekh Yusuf Qardhawi bertajuk 'Halal Dan Haram Dalam Islam'. Dalam bab yang paling menarik saya berkongsi bersama ialah berkaitan hukum melukis dan mengukir. Bab ini ada kaitan dengan bidang orang yang terlibat dengan seni visual seperti saya.

Dalam buku tersebut meriwayatkan oleh Muslim, Sabda Nabi berbunyi, "Sesungguhnya orang yang paling berat siksaannya nanti di hari khiamat ialah orang-orang yang menggambar".

Apabila baca sahaja maksud hadis tersebut berdebar hati kita.... Namun dalam rumusan Syekh Yusuf Qardhawi seterusnya menyatakan, Imam Thabari berkata: "Yang dimaksudkan dalam hadis itu ialah orang-orang yang membuat gambar sesuatu yang akan disembah selain dari Allah, sedangkan pelukis tersebut mengetahui dan sengaja. Pelukis itu Kufur. Menurut Yusuf Qardhawi, sekiranya tidak sengaja atau tidak dari golongan demikian, ianya adalah berdosa.

Dalam Islam apabila menentukan sesuatu hal yang tidak dapat dirungkaikan dalam keadaan semasa, apatah lagi apabila selepas kewafatan Rasullulah saw maka segala hukum-hakam akan ditentukan berlandaskan Al Quran, Hadis, Qias dan Ulamak. Dalam kupasan kitab Yusuf Qardhawi, beliau banyak mengambil Hadis-hadis menjadi sandaran hukum melukis dan mengambar. Beliau menyatakan hukum yang nyata Haram ialah melukis Gambar Tuhan, para Nabi, Malaikat. Sedangkan melukis gambar tokoh-tokoh seperti Raja dan pemimpin tahap tidak haram, namun masih berdosa kerana gambar itu dalam bentuk bernyawa dan boleh dijadikan bahan kekaguman orang ramai. Tetapi sekiranya pelukis melukis orang yang khafir, zalim dan fasik maka hukumnya adalam haram.

Dalam huraian Yusuf Qardhwi, beliau menyatakan melukis gambar-gambar makluk tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, suasana laut, gunung, matahari dan bulan maka ianya tidak bertentangan dengan Islam dan tidak berdosa.

Beberapa hadis sahih diperkuatkan oleh Yusuf Qardhawi berkaitan gambar-gambar antaranya;
"Dari Bisir bin Said dari Zaid bin Khilid dari Abu Talhah sahabat Nabi, bahawa Rasullulah saw bersabda bermaksud' Sesungguhnya Malaikat tidak akan masuk rumah yang di dalamnya ada gambar". Diperkuatkan kenyataan lain antaranya yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Aisyah: " Saya membunyai tabir padanya ada gambar burung, sedang setiap orang yang masuk akan menghadapnya (akan melihatnya), kemudian Nabi berkata kepadaku: Pindahkanlah ini, kerana setiap saya masuk dan melihatnya maka saya ingat dunia",. Kenyataan ini bermaksud Rasulullah saw tidak suka gambar yang terpapar pada langsir tersebut. Namun beliau tidak pula menyuruh membuang gambar itu.

Gambar yang terlarang menurut Yusuf Qardhawi ialah, "Bahawa gambar yang dilarang itu hanyalah yang ada bayangannya, adapun yang tidak ada bayangannya tidak mengapa" merujuk kitab Syarah Muslim. Paling ketara ialah membuat karya-karya 3 Dimensi (berjisim) dengan tema berkaitan benda yang bernyawa (hidup) seperti arca figuratif.

Hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah dalam salah satu riyawat Bukhari dan Muslim berbunyi, "Sesungguhnya Aisyah membeli bantal yang ada gambar-gambar, maka setelah Nabi melihatnya ia berdiri di depan pintu, tidak mahu masuk. Setelah Aisyah melihat ada tanda kemarahan di wajah Nabi, maka Aisyah bertanya: Apakah saya harus bertaubat kepada Allah dan RasulNya; apa salah saya? Jawab Nabi: Mengapa bantal itu begitu macam? Jawab Aisyah: Saya beli bantal ini untuk engkau pakai duduk dan dipakai bantal. Maka jawab Rasulullah pula: Yang membuat gambar-gambar ini nanti akan disiksa, dan akan dikatakan kepada meraka: Hidupkanlah apa yang kamu buat itu. Lantas Nabi melanjutkan permbicaraanyaNya: Sesungguhnya rumah yang ada gambar tidak akan dimasuki malaikat. Dan Imam Muslim menambah lagi dalam satu riwayat Aisyah menyatakan: Kemudian bantal itu saya jadikan dua biji untuk bersandar, dimana Nabi biasa bersandar dengan dua sandaran tersebut di rumah. Yakni Aisyah membelah bantal tersebut dan dipakai untuk dua sandaran".

Kesimpulan, Yusuf Qardhawi merumuskan dengan menyatakan: ... kemungkinan yang nampak pada hadis-hadis yang berkenaan dengan masalah gambar dan pelukisnya, iaiatu bahawa Rasulullah saw memperkeras persoalan ini apa masa pertama dari kerasulnyanya, di mana waktu itu kaum muslimin baru saja meninggalkan syirik dan menyambah berhala serta mengagung-agungkan patung. Tetapi setelah aqidah tauhid itu mendalam ke dalam jiwa dan akar-akarnya telah menusuk dalam hati dan fikiran, maka beliau memberi perkenan dalam hal gambar yang tidak berjasad, yang hanya sekadar ukiran dan lukisan. Yusuf Qardhawi memberi hujah, kalau Rasulullah swa tidak suka pada langsir tentu beliau mengharamkan terus, namun tidak begitu.

Posted by SENI VISUAL at Sunday, August 30, 2009 - blogspot


Artikel 3 :

mengenai potret, sila klik http://www.scribd.com/doc/13393675/Hukum-Melukis-Gambar-Menurut-Pandangan-Islam

bahaya cinta sebelum kahwin

~pasti kelak diriku ibarat lembu yang ditarik hidung oleh nafsu

~menyibukkan hati merindui makhluk yang tak halal bagiku seumpama membuka pintu bagi syaitan menjalankan jarumnya untuk melupakanku daripada-Nya

~hati akan terseksa dengan barah rindu

~rindu palsu akan membelenggu minda hingga ia terjajah dan terhina di bawah jajahan syaitan

~cinta lalai akan menyebabkanku alpa daripada mempersiapkan diri untuk keperluan dunia dan akhirat

~aku boleh menjadi tak rasional berfikir jika benar-benar mabuk cinta

~fitnah cinta ibarat racun yang akan membunuh akal, jiwa dan perasaan

~jiwaku terganggu dalam menilai mana yang baik, mana yang buruk untuk diriku

~jika aku dan dia berjaya melangkah ke alam rumah tangga nescaya ia terbina atas dasar maksiat, yang mengundang padah kepada peribadi zuriat kami pastinya.

nauzubillah!