Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Layari cahaya-pemimpin.deviantart.com untuk ke galeri lukisan dan foto kahwin saya. Syukron! X3

Saturday, October 31, 2009

website persoalan mengenai cinta

kunjungi website ini untuk bertanya mengenai cinta...

1.nak joran untuk pancing ikan?
2.putus cinta?
3.nak penyelesaian dalam hal-hal cinta?
4.nak kembali kepada kekasih lama?
5.nak tips untuk dapat perhatian dari seseorang yang kamu suka?

.... dan banyak lagi?

masuklah website ini..

http://senicinta.com

enjoy! all in there!

Sunday, October 18, 2009

Kata-kata Hikmah percintaan


Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa
dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.

Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telah pun dibukakan untuk kita.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk didalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.

Memang benar kita tidak tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah ‘ia’ datang memberi seseorang.

Seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! jangan harapkan cinta sebagai balasan.

nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak ,pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda.

ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang,satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ia palsu,Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut, carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram.

Carilah yang membuat hati anda tersenyum. akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramat rindu seseorang sehingga anda ingin mengapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.

Mimpilah apa yang anda ingin mimpikan , pergilah kemana – mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia .

Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang,jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.Kabahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki semuanya yang terbaik.

Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagaiaan terletak kepada mereka yang menangis ,mereka yang terluka , mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba.

Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan.

Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.

Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang disekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.

Sunday, October 11, 2009

bismillahirrahmanirahim

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

 

“Allah menghendaki kemudahan bagimu dan tidak menghendaki kesukaran bagimu.”

 

Al-Baqarah :185

 

·         Engkau tidak boleh memberatkan dirimu sendiri dalam beribadah kepada Tuhan.

·         Pilih jalan tengah dalam ibadah, tidak meremeh-remehkan dan tidak berlebih-lebihan. Kerana Allah tidak membebani kamu agar kamu menyusahkan dirimu sendiri dalam melaksanakan apa yang Dia tuntut darimu, atau agar engkau melaksanakannya.

 

 

“ dan, carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi. “

 

Al-Qasas : 77

 

PENGHULU ISTIGHFAR

 

Dari Syaddad bin Aus, dari Nabi Sallahu’alaihi wasallam, beliau berkata:

 

“penghulu istighfar ialah hendaknya mengucapkan (ertinya) ,

 

“Ya Allah, Engkau Tuhanku tiada Tuhan melainkan Engkau. Engkaulah yang menciptakan aku. Aku hama-Mu dan aku berada di atas sumpah dan janji-Mu semampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan apa yang aku lakukan. Aku kembali kepada-Mu dengan nikmat-Mu yang Engkau limpahkan kepadaku. Aku kembali dengan membawa dosa, maka ampunilah aku, kerana tidak ada yang dapat mengampuni dosa selain Engkau sendiri.”

 

‘Barangsiapa mengucapkan penghulu istighfar tersebut dengan penuh keyakinan pada hari itu, lalu dia mati sebelum petang hari, maka ia termasuk penghuni Syurga. Dan barangsiapa mengucapkannya dari sebahagian malam hari, sedangkan dia meyakininya, lali dia mati sebelum pagi hari, maka dia termasuk penghuni Syurga’

 

PERBAIKI SEGALA URUSAN

 

“daripada Anas bin Malik r.a, dia berkata : Rasulullah s.a.w berkata kepada Fatimah r.a:

 

‘Apa yang menghalangimu untuk mendengar peringatanku kepadamu, iaitu hendaknya engkau mengucapkan pada waktu pagi dan petang;

 

~~ Wahai Yang Maha Hidup, Wahai Yang Maha Berdiri Sendiri, dengan rahmat-Mu aku memohon pertolongan,perbaikilah bagiku semua urusanku, dan janganlah Engkau biarkan diriku dengan sekilas pandang.~~

 

 

‘Ya Hayyu Ya Qayyum, Birahmatika Astaghritsu, Aslih Lisya’ niy kullahu , wa la takiluniy ila nafsi tarfata ‘aini ’

 

“Wahai sekalian wanita! Bersedekahlah kamu sekalian, kerana pernah diperlihatkan kepadaku tentang kamu sekalian sebagai sebahagian besar penghuni neraka.”

 

“bersedekahlah kamu sekalian dan perbanyaklan beristighfar.”

 

“Tiap-tiap manusia terikat dengan apa yang dikerjakannya.” – (At-Tur : 21)

 

“…agar tiap-tiap diri diberi balasan terhadap apa yang dikerjakannya, dan mereka tidak akan dirugikan.” – (Al-Jathiyah:22)

 

SEDEKAH

 

~kata-kata yang baik dan manis

~wajah berseri yang menghias

~menolong orang

~menyuruh kepada yang makruf atau berkata dengan cara yang makruf

~menahan diri dari keburukan

~bekerja dan member manfaat untuk diri sendiri

~berbuat adil antara 2 orang

~setiap langkah ke tempah solat

~buang gangguan di tengah jalan