Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Layari cahaya-pemimpin.deviantart.com untuk ke galeri lukisan dan foto kahwin saya. Syukron! X3

Sunday, September 26, 2010

Sedikit tentang aku

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

bekas kekasih saya ialah :
perlu ke bagitahu?

saya sedang mendengar :
hujan lebat

mungkin saya patut :
buat apa yang patut

saya suke :
ciptaan Allah yang indah

sahabat baik saya :
adalah mak saya, dia paling memahami segalanya tentang saya

saya tak paham :
kenapa saya rasa ditindas

saya kehilangan :
orang yang saya sayang

ramai yg berkata :
saya naif, baik, solehah dan comel =.='' (errr...yeke..? maseh kawan..)

cinta itu :
best dan indah, kalau salah dapat, jadikan pengalaman je la

di suatu tempat , seseorang sedang :
mengingati apa yang telah dia lakukan..?

saya akan cuba :
perbaiki diri saya

ayat SELAMANYA membawa maksud :
melangkah maju kehadapan, sentiasa berusaha memperbaiki diri

bila saya terjaga dari tidur :
saya akan tengok jam kat phone dan periksa ada mesej masuk tak

saya paling meluat apabila :
orang berjanji sesuatu tetapi tidak bertanggungjawab

pesta/party adalah :
sesuatu yang saya tak pernah pergi

hari ini :
hari yang ceria dan indah bagi saya ^.^~ alhamdulillah!

esok pula saya akan :
terus memperbaiki kesilapan yang dah saya buat hari ini

saya betul-betul inginkan :
kebahagiaan dunia dan akhirat

ketika anda melihat wajah anda di hadapan cermin hari ini :
saya bersyukur sangat sebab saya sihat dan dapat senyum lagi X3 terasa comel (perasan sendiri.. tihihihi XP)

makanan segera adalah :
mudah dapat ; penyakit

ayat terakhir yang anda katakan kepada seseorang :
jangan halang aku!

apakah perasaan anda sekarang :
rindu pada mak abah dan bakal suami.. kalau ada jodoh......

saya tak suka :
ditinggalkan dan berseorangan

impian saya :
MUSLIMAH SEJATI

jika boleh putarkan masa :
boleh ke? semua orang mahu betulkan apa yang pernah diorg wat salah kan? samee laa

saya pada 10 tahun akan datang :
dunia nie masih ade ke? rasenye akhirat dah nak dekat sgt dah.. harap2 sempat mantapkan diri ngan ilmu Allah

saya pernah bercinta sebanyak :
cinta monyet.. byk.. cinta pertama - dia, cinta berhubungan serius - die

pernah dikhianati :
tak pasti.. sebab tak paham apa itu khianat.. =.=

Kalau ada yang mahu kembali kepada saya :
tak yah nak ngade, saya bukan patung mainan, dipakai dibuang

Jika ada yang mahu bercinta dengan saya :
hmmm...why should i bother love, if its keep living me behind in the end?

ma fi iman, ma fi hubb


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Saturday, September 25, 2010

cerita lawak tapi best

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ada tiga rakan perempuan memasuki politeknik yang ditawarkan. Sorang Bedah, sorang Timah, dan sorang Enon. Waktu diorang menjalani temuduga di sana, dan dalam banyak-banyak lelaki bermuka 'belakang bas', ada seorang yang menarik perhatian mereka, iaitu Abang Azman. Dia merupakan senior yang paling mereka minati.


Apa yang bestnya? huhu.. sabar.. nak cerita la nie..

Pada setiap hari, mereka bertiga akan 'mengular' di depan kelas 'Senior Pojaan Hati' mereka. Tapi diorang tak diendahkan sebab sama jenis muka 'belakang bas' la kot.. ekekeke

Tak semena-mena, al suatu masa selepas itu, Abang Azman berada dalam mood agak sedikit happy. Ketika dia hendak ke tandas, dia terserempak dengan Bedah, Timah n Enon dan SENYUM!

Apa agaknya terjadi kepada mereka bertiga? Anda mesti fikir macam-macam kan? Nak jatuh pengsan??
Bedah : Eh? aku demam ke???
Timah : Aku masih bermimpi nie, aku tengah tidur ke nie??
Enon : Oh~ bulan bintang matahari air embun siang malam..

dan mereka sasau KEGEMBIRAAN. Di rumah, mereka gembira dan dalam masa yang sama orang lain pun akan gembira.

Siap letak status kat Facebuk gitu..

'Cinta umpama mawar yang mengembang kemerahan'
'Aku dilamun cinta~~~ <3>
'Rupanya cinta aku disambut! Bahagianya duniaaaaaa~~~~~ XD'

begitulah status mereka yang dalam keANGAUan..

dan

Pada esok harinya, mereka bertiga bercantik-cantiklah dengan memakai baju ala-ala 'baju raya'..haha.. paham-paham la, bling bling MALATOPZ gitu~!

Ketika diorang melaram dan buat fesyen show kat koridor kelas Abang Azman, Abang Azman wat x endah jer..

Bedah : Eh, apsal die x pandang nie?
Timah : Entah, aku PUNYE LA CANTIK NIE..
Enon : Hmmm, agaknya kita jer yang terover...

Mereka pun pulang dalam keadaan SEDIH dan MURKA. Buat kerja serba tak kena. Sakitkan hati orang sekeliling dan macam2 lagi yang negatif. Status kat facebuk lagi lah...

'Hancur luluh hatiku bagai ditusuk sembiluuuu T.T'
'Aku tak percaya cinta~ aku tak percaya C.I.N.T.A! HUH!'
'Arghhhhh! Aku anti laki sampai mati!!!'

Nampak tak kesan The Power of Smile kat sini?


PENGAJARAN:

SENYUM itu ada kuasa yang BOLEH gembirakan orang, bukan satu tapi sekelilingnya.. Maka senyumlah! walaupun senyuman anda PLASTIK.. kerana itu membawa BAHAGIA bagi orang sekeliling kamu! XDD

X3 ^.^~ huhuhuh

idea from motivater : En. Kamril Juraidi Haji Abdul Karim (hafadukyAllah - semogoa Allah memberkatinya.. amin)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Monday, September 20, 2010

WEH KORANG! WAJIB BERUSAHA TAU!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Begitu penting usaha @ amal perbuatan di dalam Islam hinggakan agama ini tetap memerintahkannya walaupun usaha itu kelihatannya SIA-SIA.

inilah yanh terjadi pada Maryam, ibu Nabi Isa a.s. Ketika beliau hampir melahirkan dan duduk di bawah pokok kurma yang sudah mati, Allah memerintahkan Maryam untuk menepuk batang pohon itu.

~~~~Firman Allah S.W.T di dalam Al-Quran~~~~

" dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu." (Maryam : 25)

Maryam melakukan apa yang diperintahkan, dia menggoyang pokok kurma itu lalu menjatuhlah buahnya, sehingga dia boleh memakannya.

Peristiwa ini merupakan SATU MUKJIZAT.

Dengan kata lain, jatuhnya buah kurma dengan usaha Maryam adalah sesuatu yang tidak mungkin terjadi kalau dilihat dari segi logik akal dan hukum alam.

MANA MUNGKIN SEORANG WANITA YANG SEDANG HAMIL DAN DALAM KEADAAN LEMAH MAMPU MENJATUHKAN buah kurma dari pokoknya dengan cara MENGGOYANGKAN BAHAGIAN BAWAH POKOK?

Sementara kaum lelaki yang kuat sekalipun mengambil kurma dengan cara MEMANJAT dan MEMETIK buahnya, bukan mengoyang-goyangkan pokok.


PENGAJARAN HARI INI:

Dalam kisah Maryam ini, jelas Allah akan memberi rezeki buah kurma kepadanya dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. Dalam erti kata lain, Allah tidak memerlukan usaha Maryam sebagai satu jalan untuk menjatuhkan buah kurma dari pohonnya dan perbuatan Maryam itu kelihatan seperti SIA-SIA atau tidak kena cara untuk mendapatkan kurma, bukan?

Mengapa agaknya Allah tidak serta merta menjatuhkan buah kurma dari pokonya? Mangapa Allah tetap memerintahkan Maryam untuk menggoyangkan pokok kurma walapun seperti tiada guna?

Anda mampu meneka jawapan itu sendiri.

Disini, jelas terlihat 2 perbuatan yang senantiasa berjalan beriringan.

1. perbuatan manusia
2. perbuatan Allah

Kesimpulannya, jangan lupakan perbuatan yang kedua iaitu perbuatan Allah. Usahakan apa sahaja yang kamu lakukan walaupun seperti sia-sia dan semacam tidak nampak apa yang berada dihadapan. Allah akan sentiasa nampak akan usahamu.. Sesungguhnya Allah Maha Melihat.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Saturday, September 4, 2010

wed photographer / fotografer kahwin

paling murah / the cheapest!

haha.. only for nearby from MARAN, PAHANG!
jika kawasan anda jauh, sila sediakan duit tambang thank you! XP

selalunyer, orang amik rm600 n above utk hal2 mcm nie kan?
saye plak baru jer beginner, n project pertama album sepupu ku dah siap, n my mom told she's satisfied.. so i decided to be a freelance photographer.. here the link of my lecturer's work.. the one who teach me shooting.. http://raznritz.fotopages.com/?&page=4

OFFER COST while I'm still a student :

1. full package - RM500 per event

~ 1 wedding photographer
~ 4 - 5 hours photo services
~ A4 photo costume album
~ 150 pictures in softcopy
~ selected photos for design & print
~ 1 sticky album
~ transport charges
~ time of working on it - depends



2. half package : RM450

~ 1 wedding photographer
~ 4 - 5 hours photo services
~ selected photos for design & print
~ transport charges
~ time of working on it - depends

okay, thats all from me right now.. i'll be updating this journal for any new stuff..

ape-apehal pon, deal ngan saye dulu yep..
YM - nurul_ruqaiyah@yahoo.com... no hp... ermm.. selepas YM baru dpt.. hahaha!


assalamualaikum wbt..

please visit cahaya-pemimpin.deviantart.com/gallery/ for image finished edit. TQ