Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Layari cahaya-pemimpin.deviantart.com untuk ke galeri lukisan dan foto kahwin saya. Syukron! X3

Sunday, August 22, 2010

Diary pada kali ini

22 ogos 2010 - masuk Isnin sudah.. tapi sekarang pukul 1:00am! yikes!

Pagi tadi aku bangun sedikit lambat kerana penat menyiapkan komik aku untuk bos aku. Mengantuk gila. Lepas pada tu aku teringat janji aku untuk ke rumah makcu aku kat *secret place*.. tihihihi.. dekat jer.. XP aku dapat berbuka ngan NASI HUJAN PANAS! punya la sedap! pergh.. dan dan tuh aku belajar ngan mak cu buat PUDING ROTI..

nak tahu cara dia? Sila salin ramuan best ini, kamu akan menyesal kerana tidak mencuba.. ia teramatlah SEDAP! (kalau pandai buat dengan baik laa.. gahahhaa)

1. Roti Gardenia (roti lain x sedap katanya.. x jadik kot) - eeennnaaam keping
2. teloq due butey - XP telur 2 biji
3. vanilla esen
4. gula secukup rasa
5. susu pekat 3/4 setin
6. susu cair setin
7. agaq-agaq - agar-agar daaa.. 25gram

langkah2nyer..

rebus dulu agar-agar dengan air 6 cawan, kendian blend (2,3,4,5 & 1), hancur lumat, masukkan dalam rebusan tadikkk.. pastu, asingkan sedikit dalam cawan lain untuk campuran warna2 untuk tarikan. selalunyer pakai pandan (hijau), sirap (merah) (eh ye ke? aku bedal jer.. aku pon x terer bab masak2 nie.. klu salah maaf yep.. )

Lepas tu titiskan dalam loyang yg berisi puding roti yang tidak berwarna lagi dengan yg diwarnakan mengikut kreativiti dan corak memasing.. capurkan berapa banyak warna yang korang suke.. (korang yang nak makan kan? jangan bubuh warna pelik2 sampai x dimakan orang sudah lah.. sederhana itu lebih baik maa.. X3 )

dah siap itu, bagi die keras kat luar (sejukkan sekejap), kendian masukkan dalam peti.. nanti dah ok, agak2 pejal.. boleh la potong n makan~ walla~ bon ne kap pe tit.. <--- natang ape tu? bantai la.. BACE DOA MAKAN dulu baru betol.. muahahha..





oh yea, sebelum terlupa nie AKIM yang selalu menangis sebab MAK dan AYAH dia dah pergi.. sedihkan? Dia asyik menangis, menangi dan menangis. Agaknya, waktu aku ambil gambar dia pon x sedar. Kadang2 aku teringin nak bawa dia ke kubur untuk menunjukkan bahawa ibu dan ayahnya telah tiada.

Harap-harap suatu hari nanti dia akan sedar dan memahami. Aku tak sanggup tengok dia menyebut-nyebut ' Ibu.. Yah..' budak yang baru mencecah 4 tahun ini masih lagi memerlukan kasih sayang dari kedua ibubapanya.. Semoga arwah dicucuri rahmat. amin.

No comments:

Post a Comment