Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Layari cahaya-pemimpin.deviantart.com untuk ke galeri lukisan dan foto kahwin saya. Syukron! X3

Wednesday, July 13, 2011

Kata-kata berilmu

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sesungguhnya Tuhanmu mempunyai hak atasmu, dirimu mempunyai hak atasmu, dan keluargamu mempunyai hak atasmu. Maka berikanlah hak masing-masing kepada pemiliknya. (HR. Bukhari)


Daripada Aisyah bahawa Rasulullah bersabda: "Melihat pada tiga perkara adalah ibadah. Melihat wajah ibu bapa, melihat al-Quran dan melihat lautan." - (Riwayat Abu Nuaim) dan ditambah dengan "Melihat Ka'abah". - (Riwayat Abu Daud).


Lalat Dan Penyakit.
Dari Abi Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud : “Apabila lalat jatuh ke dalam minuman salah seorang di antara kamu maka rendamkanlah lalat itu kemudian buanglah. Kerana pada salah satu sayapnya terdapat penyakit dan pada sayap yang lain terdapat ubat”. (Riwayat al-Bukhari)


Tawakal : Ibadah hati paling utama

Setiap perkara yang di ingini, yang di idamkan, setiap kemahuan, impian dan cita-cita, diusahakan untuk mencapainya, tidak semuanya akan berhasil atau berjaya memperolehinya. Banyak yang menemui kegagalan. Bersabar dan terima dengan penuh redha dan rela. Kerana Tuhan yang lebih mengetahui ke atas tiap sesuatu.


Benar adalah sifat yang memberi ketenangan kepada jiwa. Sifat mereka-reka cerita atau berbohong menyebabkan kegelisahan hati.


Muslim yang baik tentunya tahu setiap perbuatan dipertanggungjawabkan ke atasnya di mahkamah Allah. Setiap amalnya mempunyai catatan dan nilai di sisi Allah.


Justeru, perlu berusaha untuk jujur dalam perbuatan bahkan memilih diam daripada mengucapkan sesuatu yang tidak baik, merugikan diri serta orang lain.Sungguhpun begitu, berkata benar tidak dianjurkan jika mendatangkan mudarat. Dalam hal ini, berbohong dibolehkan, bahkan menjadi wajib untuk dilakukan.Bagaimanapun, ia tidak mudah kerana ada syarat tertentu membolehkan pendustaan. Jika sesuatu yang mulia ingin dilakukan dapat dicapai tanpa berdusta, maka berdusta dalam keadaan ini haram hukumnya.


bersangka baiklah....bersangka baiklah...bersangka baiklah....♥

“Serendah-rendah martabat ukhuwah ialah apabila kamu berlapang dada terhadap saudaramu (bersangka baik), dan setinggi-tinggi martabat ukhuwah ialah apabila kamu meletakkan saudaramu lebih utama daripada dirimu sendiri.”-Asy-Syahid Imam Hassan Al-Banna-


jagaLAh Iman MU gn baik, jgn di rOsakn. JagaLAH agamaMU spEnuh HATImu.jaga iman jaga nafsu.


Kata Mutiara hubungan kekeluargaan
Rasulullah (saw) bersabda : Kebaikan yang paling cepat memperoleh ganjaran pahala ialah kebajikan dan silaturahim. Dan kejahatan yang paling cepat mendapat hukuman ialah kezaliman dan memutuskan hubungan kekeluargaan.(Hadith Riyawat Ibnu Majah)


"barangsiapa yg membace selwat kpdku sekali selawat, maka allah akan memberikan kerahmatan padanya, sepuluh kali dengan sebab sekali selwat tadi..


Setiap malam sebelum tidur maafkanlah orang2 di sekeliling mu dan minta maaf, buanglah rasa hasad dengkimu, dan janganlah kamu saling dengki mendengki.. jika kamu dengki antara kamu, hanguslah amalanmu..


Al Khawarizmi,seorang ahli Matematik Islam ditanya tentang wanita terbaik. Dia menjawab :

Jika wanita solehah dan beragama = 1
Jika dia cantik, tambah 0 kepada 1 = 10
Jika dia kaya, tambah lagi 0 = 100
Dan jika dia dari keluarga baik-baik, tambah lagi 0 = 1000
Tetapi jika yang "1" tiada, maka tiada apa yang tersisa pada wanita tersebut kecuali "0".


‎"..cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung, maka mereka kembali dengan nikmat dan kurnia (yang besar) daripada Allah, mereka tidak mendapat bencana apa-apa, mereka mengikuti keredhaan Allah. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar." - Surah Ali -Imran:173-174


‎"Yang paling kukuh keimanan ialah berkawan kerana Allah, bermusuhan kerana Allah, cinta kerana Allah dan membenci kerana Allah." - Hadis Riwayat Tabarani dari Ibnu Abbas r.a


orang yang paling senang dan kaya :
mempunyai tubuh badan yang sihat, mampu bergerak, dan membuat aktiviti yg dikehendakinya.orang paling susah dan miskin :memiliki tubuh badan yg tidak berupaya, tidak mampu membuat apa2 yg diingininya.. moral : bersyukurlah tatkala Allah masih pinjamkan kamu jasad yg sihat itu, utk beribadah kepadaNya dan untuk kebaikan diri sendiri


barkata-katalah kamu jika ia mengundang kepada pahala, jika mngundang kearah dosa maka diamlah, jika berkata sesuatu yang kosong, lebih baik DIAM.


JANGANLAH tengok orang yang lebih kaya dari mu, tetapi tengoklah orang yang lebih miskin dari kamu, maka kamu akan REDHA dengan kehidupanmu..


kamu sudah mendapat DUNIA jika ada 3 perkara ini :
1. rumah yang selesa/ dan boleh berteduh
2. pakaian yang menutup aurat
3. makan dan minumlebih dari itu adalah perkara yang menyibukkan/menyusahkan kamu


pengubat segala penyakit kecuali mati..

1st - habbatus sauda (jintan hitam)
2nd- madu
3rd - kurma


Jangan ungkit SATU perkara jahat, gantikanlah dengan bercerita 100 perkara baik, kerana yang itu adalah lebih baik dari membincangkan yang kurang/kelemahan/jahat...


Selama mana sesebuah negeri/negara/kampung/penduduk​/manusia bersyukur pd Allah (atas nikmat yg diberi, Allah x kan tarik balik nikmat tersebut malah mnambahnya), namun jika kamu semua ingkar atas nikmat Allah itu, Allah akan tarik balik..

contoh simple : sama macam bercinta, menyintai si dia, itu dari izin Allah (perasaan cinta antara kamu), kalau tak jaga hubungan tu, dengan membuat maksiat, dosa yang berturut, tidak bertaubat, tidak menyesali perbuatan, seumpama dgn tidak bersyukur akan nikmat 'cinta' tersebut, maka akhirnya Allah tarik kembali nikmat itu, dan merasalah kamu akan ia...


‎2 perkara yang wajib ada pada pasangan hidup :

1. ada agama
2. baik akhlak dan perangainya


surah as syura, ayat 19, baca 19 kali, kegunaan : melembutkan hati seseorang/ suami yang pemarah, boleh membuat dia bertambah sayang pada kita..


al-fatihah 70 kali (jika mampu, sehari, x mampu, buatlah berhari-hari), kegunaan :

1.membersih dan melembut hati kanak2/ anak2 yg nakal/degil (baca pada air/makan
2.melindungi harta (dari pencuri) dan diri (dari ditimpa musibah)


baca selawat al-fatih 7 kali pada air minum, kegunaan : untuk membuka hati yang telah tertutup


Kalau ada barang / sesuatu yg hilang, niat pada Allah mohon ketemu semula dgn membaca surah yassin, pada setiap ayat2 yang hujungnya 'muubin'.. (baca sampai abeh tau)


Baru kusedar kenapa tercipta kesepian
kenapa hidup harus berpasangan
kerana tuhan mahu menyatakan cintanya kepada kita insan
- lirik lagu - Syukur KuSedar - Elyana


bila solat, mnjadi makmum, ketika tahiyyat akhir, imam sudah pon mmbaca rukun ke 3(sudah masuk syahadah), tetapi jika makmum masih bersujud, solatnya tidak sah kerana tidak ikut imam..


Ingatlah kamu bahawa setiap amal perbuatanmu dicatat (termasuklah sekecil-kecil perbuatan)


Sedangkan pahala ziarah orang sakit 70 ribu malaikat minta ampun kepada kita daripada pagi samapi ke petang, jika ziarah dari petang, maka ia hingga ke subuh esok - (pesanan : janganlah memilih siapa untuk ziarah orang sakit, hanya kerana bukan geng dan seumpama dengannya)


Sedangkan kalau dia singgah mengaji sementara, dia duduk dalam majlis ilmu pahala dia mengaji seolah-olah dia sembahyang sunat seribu rakaat


sesungguhnya manusia takkan bisa menikmati segar, tanpa ikhlas dihatinya...
sesungguhnya manusia takkan bisa menyentuh nikmatNya, tanpa tulus dihatinya...

-lagu Ungu- Sesungguhnya


Sapa sapa yang rajin bersedekah, Allah jamin kesenangan baginya..
dan sapa sapa yang kedekut dan tidak bersedekah, Allah jamin kesusahan baginya..


Wahai orang beriman! Jika kau tolong agama Allah! Pasti Allah tolong kamu, dan Allah akan mengukuhkan kedudukanmu di muka bumi!


‎"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
(Surah al-Baqarah : 286)


Mereka merancang dan Allah juga merancang, sesungguhnya Allah adalah sebaik-sebaik Perancang



katakanlah (wahai Muhammad) :

"Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan2 maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."Az zumar : 53


jangan tinggalkan pahala depan mata, untuk dapatkan pahala yang belum tentu dapat..


kalau ada gangguan/saka, habiskan al-quran 30 juzu(baca elok), insyaAllah kepanasan dalam rumah hilang.. kalau panas dlm badan (akibat gangguan jin/saka) baca surah al-baqarah.. panas lagi? baca serentak surah yassin 4 penjuru dalam rumah..


orang yang paling KUAT adalah orang yang boleh menahan MARAHnya
orang yang paling KUAT IBADAT adalah orang yang paling JAGA BENDA HARAMorang yang paling KUAT IMAN adalah orang yang BAIK DENGAN JIRANnya


ingatlah, malaikat maut mengintai kita 70 x SEHARI.......


budak 6 tahun yang punya ilmu : tua
seorang warga emas yang tiada ilmu : budak

ilmulah membezakan tua dan muda seseorang.. bukan umur



seorang lelaki yang memohon memperisterikan seorang perempuan.

orang dulu2 punya soalan:-
ayah ibu si pmpn : dari surau mana? pondok mana?

orang sekarang punya soalan:-
ayah ibu si pmpn : kerja mana? gaji berapa? (wo0h kereta waja~~..... *excited*)

sape cerdik?



tidur orang alim(bukan mksud ulama, ini orang yang tahu) lebih baik dari orang jahil bangun tengah malam beribadah..



‎'saya tak mahu berkahwin'

ustaz azhar idrus : toksoh cakak gitu, tok baek.. (jgn ckp mcm tu x baik)smpi masa, Allah temukan kita jodoh, tak ada mslh, kita trima ajalah..tpi cita2 kena ada (utk bkhwin) krna SUNNAH RASULULLAH..sedgkan pkok bkhwin, haiwan pun bkahwinnnti kita mati, siapa yg nak mendoakan kita? keturunan tiada.. itulah hikmah Allah mencipta kemaluan, kalau tak ada, tak apa lah tak kahwin..



dosa mengumpat = dosa mendengar umpatan.. so? lari selamatkan diri!!
semua pahala si pengumpat diberi kepada orang yang diumpat tau.. best woo.. free free je dapat..

jangan buka aib orang, kerana ia bukan untuk membaiki kelemahan orang tersebut tetapi hanyalah semata untuk memburukkannya..

peliharalah aibmu sendiri, jangan sebarkan aib sendiri kerana Allah melindungi kita selama mana kita menjaga aib kita, tiada perlindungan dari Allah atas aibmu jika kamu sendiri yang menyebarnya..



kalau balik lewat malam ke rumah, jika tidak mahu jin ikut masuk rumah, baca al-kursi 9 kali, kemudian berhnti sebelum masuk rumah, ludah ke kiri 3 kali, kemudian masuk rumah, insyaAllah, jin itu akan termuntah atau terbakar terus.. - sumber, ustaz kazim elias - video sasaran saka vol 1 youtube



llki yg bmmpi mgmbil pedg/keris di bukit @ gunung, byk kali, n jika llki itu prgi ke tmpt yg dimmpi, & dia mmg jmpa benda2 itu, jgnlah ambil, itu adlh saka..

jika wnita bmmpi myusu bayi/kanak2, itu bmkna wnita itu tlh mnrima saka! maka jgn bgi budak itu myusu! anda mmpu kwl mmpi anda! cmpk bdk tu jauh2 wlaun dia mnangis nakkan kita.. bgn dri tdr, ambil wduk, solat.. n tidur di tmpt yg lain.. insyaAllah x ada lgi..



ubat kanser adalah solat tahajud SELALU



mesti kena ada keyakinan pada diri bahawa diri kita cantik n lawa, org yg yakin dia lawa adalah LELAKI, sbb LELAKI tak pakai bedak, alat solek n macam2.. sbb mereka yakin mereka dah lawa, buat apa nak solek2 lagi..

jadi bagi perempuan, jadilah seperti lelaki..

wanita : jadi ustaz, kami yang solek2 banyak ni, kira x lawa ke ustaz?
ustaz : itu wallahualam, fikir2lah sendiri.. hehe


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

No comments:

Post a Comment