Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Layari cahaya-pemimpin.deviantart.com untuk ke galeri lukisan dan foto kahwin saya. Syukron! X3

Wednesday, July 27, 2011

AURAT-AURAT PEREMPUAN


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Assalamualaikum, hari ini mari kita melihat apa yang dikatakan 12 aurat wanita. Sama-sama kita mengambil perhatian dan pengajaran daripadanya..

1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fa
thil Bari.


2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng - Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng...jadi hantu loceng.

3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan - Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31. Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32. Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31. Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar. Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.

Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu. Semoga kita semua baik lelaki atau perempuan, terpelihara daripada apa yang dikatakan fitnah wanita akhir zaman.

Source - halaqah.net

Monday, July 25, 2011

Berbuat ibadat itu menyalahi akan yang disukai oleh hawa nafsu maka dipaksa juga buat ibadat selama-lamanya tanpa diberikan kesukaan,

nescaya akhirnya enggan ia berbuat ibadat atau malas ia berbuat ibadat, maka jika kita berikan kesukaannya dalam setengah waktu, maka rajinlah ia membuat waktu ibadat.

Dan beristeri itu adalah setengah yg disukai oleh nafsu, yang menolong akan rajin berbuat ibadat seperti makan akan makanan yang disukai oleh nafsu menguatkan berbuat ibadat.

Thursday, July 21, 2011

Kata-kata berilmu 2

sekali tinggal solat bersamaan 80 tahun dalam neraka
1 tahun neraka bersamaan 1000 tahun dunia...


HASBUNALLAHU WA NI'MAL WAKIL

Cukuplah Allah bagiku; Tidak ada Tuhan selain Dia.Hanya kepadaNya aku bertawakal, dan Dialah yang memiliki A'rsy(singgahsana) yang agung. (At-Taubah 9:129


mata : mlihat
telinga : mdengar
mulut : bkata
hati : mendetikkan rasa, bnafsu, bmonolog
anggota : bgerak, myentuh

semua itu Allah pinjamkan..

buku di perpustakaan, kita pinjam, bila kita kembalikan, ia akan disemak, samada tkoyak, tconteng n sbgainya..

sama keadaan spti pinjaman kemudahan Allah beri pda kita.. akhirat nnti Allah akan tanya satu persatu, cek satu persatu akan apa yg kita buat dgn pinjaman tersebut.


‎2 perkara yang menyebabkan RAMAI YANG MASUK NERAKA
1. lidah (mulut)
2. kemaluan (faraj)


tukarkan perkataan PADAN MUKA, kepada INNALILLAHIWAINNA ILAIHIROJIUN apabila melihat musibah.. kerana meyebut padan muka itu adalah HASAD, HASAD itu bersama ZALIM


ramai orang kuat berzikir, buat ibadah, sampai yang sunat pon banyak, tapi tak kan ibadahnya berfaedah jika tak menjaga ibu bapa mereka..


imam ahmad n imam tabrani drpd Nabi Muhammad s.a.w :

sesungguhnya telah bersabda bagi nabi : tidak halal bagi seseorang Islam meninggalkan BERCAKAP dengan seorang Islam yang lain, lebih daripada 3 hari, maka bahawa sesungguhnya, hendaklah kedua-duanya mencari jalan dalam tempoh 3 hari tadi bagaiman mengekali baik dan perpaduan, mengekali silaturrahim.


apabila mkn, bca bismillah, syaitan akn tmuntah
apabila msuk rmh, bca bismillah, syaitan tcirit
apabila minum, x bca bismillah, syaitan bgi kita mnum bkas mnumnya
apabila bsama isteri, x bca bismillah, syaitan trut bsama suami tiduri isteri

maka lahirlah anak bperangai spt syaitan,stghnya cedera akalnya, bodoh, gila, fasik, mnjadi kafir, mnjadi buta n seumpama dgnnya

syaitan tlh bjanji akn mgganggu manusia dri setiap sudut, ingatlah! amalkn bca BISMILLAH