Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Layari cahaya-pemimpin.deviantart.com untuk ke galeri lukisan dan foto kahwin saya. Syukron! X3

Tuesday, November 1, 2011

Rukun Iman by a friend of mine Shah / Tekoma


Bismillahhitawakallna alallah..

Rukun Iman
Apakah itu Rukun
•         Rukun ialah satu tatacara yang wajib dilaksanakan bagi membuktikan bahawa manusia tersebut terikat dengan nilainya.
•         Contohnya –
•         A) Orang yang beriman adalah terikat dalam melaksanakan rukun iman.
•         B) Orang islam adalah terikat dalam melaksanakan rukun islam

Albaqarah ayat 208.
“Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.”

•         Tidak lengkap rukunnya maka tidak layak dikatakan beriman ataupun islam.
•         Berdasarkan al-baqarah ayat 208. Iman adalah faktor penting sebelum layak di katakan sebagai orang islam.
•         Hanya orang-orang beriman sahaja yang diseru untuk masuk islam secara keseluruhannya.

Apa yang kamu imani..
Surrah An-Nisa’ ayat 136. (susunan rukun iman)
“Wahai orang-orang yang beriman, tetaplah beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan kepada kitab yang Allah turunkan kepada Rasul-Nya serta kitab yang Allah turunkan sebelumnya. Barangsiapa yang kafir kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, dan hari kemudian, maka sesungguhnya orang itu telah sesat sejauh-jauhnya.

Syarat untuk beriman
Surrah 42 ayat 52
“Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu wahyu (Al Quran) dengan perintah Kami. Sebelumnya kamu tidaklah mengetahui apakah Al Kitab (Al Quran) dan tidak pula mengetahui apakah iman itu, tetapi Kami menjadikan Al Quran itu cahaya, yang Kami tunjuki dengan dia siapa yang kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya kamu benar- benar memberi petunjuk kepada jalan yang lurus.”

Ulasan:Untuk beriman perlu kenal kitab..kerana kalau tidak kenal kitab maka kita tak akan mengenal iman..

Mengapa penekanan perlu kenal kitab dahulu.
Dalam keenam-enam rukun iman itu, hanya kitab yang kita nampak. Jika yang nampak ini kita tidak faham. Adakah itu maksud percaya?
Sesuatu yang kita percaya hendaklah kita ketahui maksud-maksudnya.

Adakah kamu beriman?
Surrah 17 ayat 14 –
"Bacalah kitabmu, cukuplah dirimu sendiri pada waktu ini sebagai penghisab terhadapmu".

Sekian Terima kasih..

Hazzawallah huyarhana wayyah fazuna..wallhamdukillah hirabbillalamin,,

Assalamualaikum

Thursday, October 27, 2011

TIPS PENJAGAAN KESIHATAN DIRI ISLAMIAH BERSUMBER CIPTAAN ILAHI


sesungguhnya ciptaan Allah adalah sebaik baik ciptaan.. ^^

TIPS PENJAGAAN KESIHATAN DIRI

1. kepala :
i. ~rambut - serai - cara : tumbuk/blend bsama air, lumat, ratakan stiap urat rambut dikepala, perap dgn towel (lain2 ciptaan yang boleh digunakan : limau purut, biji betik, kacang hijau, lidah buaya, kuning telur, madu lebah)
  ~muka - tomato/madu/air wuduk
  ~bibir - Madu (supaya merah cantik n sihat) bersama percakapan yang baik n banyak diam (dari berkata perkara salah, n dosa)
  ~mata - Teh uncang/timun (sihatkan / sejukkan mata) bersama penglihatan yang penuh batasan hijab.
ii.  Disunatkan bertaffakur (sujud sekurang-kurangnya 1 minit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari pening dan migrain.
iii. Rasulullah juga menyarankan untuk bersugi (memberus gigi) setiap kali berwuduk untuk menunaikan solat. Rasulullah amat tidak menyukai orang yang tidak bersugi setiap hari.
iv. Rasulullah melarang untuk manusia tidur sesudah subuh (sekitar 6 hingga 8 pagi) kerana rezeki yang berkat mula hadir ketika waktu tersebut.
v. Rasulullah melarang untuk manusia tidur selepas solat Asar (dari 4 petang-8-9 malam sekitar Isyak)

2. badan :
i. mandi pagi sebelum subuh / 1 jam sebelum matahari naik, air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul
ii. sabun badan - limau nipis n lain2 limau / bunga-bungaan
iii. pemakanan :
///: i. halal - sayur n tanaman (persendirian), ikan/ayam/ternakan halal (persendirian)
///: ii. tiada percampuran jenis makanan
: susu + (daging/ikan/ayam/buah/cuka)
: ikan + (telur/daun salad/ayam/daging)
: makanan darat + makanan laut
///: iii. makan buah SEBELUM makan nasi
///: iv. Jangan TINGGAL makan malam! sebab? ia akan memakan usia dan menyebabkan kolestrol anda berganda

///: v. Jangan disisakan sebutir nasi/bahan makanan pun yg masih elok utk dimakan, kerana makanan juga turut berzikir pada Allah SWT. Nabi bersabda yang bermaksud: ''Apabila salah seorang dari kamu makan, kemudian suapannya jatuh dari tangannya, hendaklah ia membersihkan apa yang kotor darinya lalu memakannya, dan janganlah ia membiarkannya untuk (dimakan) syaitan (jin kafir). - {silsilah hadits-hadits Shahih no. 1404}

///: vi. Makan berjemaah (bersama keluarga atau teman2) -
berkenaan dgn seseorang yg dtg kepadanya dan ia berkata: hadis ini dikhabarkan oleh Rasulullah SAW, "Wahai Rasulullah, kami ini setiap kali makan tidak pernah kenyang."
 Maka Rasulullah berkata, " Pasti masing-masing kamu makan sendiri2."
Orang itu menjawab:" Benar, Ya Rasulullah!"
Rasulullah berkata: "Berjemaahlah dalam menyantap makananmu.''

///: vii. Sunnah Nabi Muahammad juga ada menyuruh untuk makan garam secuil sebelum makan untuk menolak 70 macam penyakit, dan ambil lagi secuil dengan jari manis tangan kanan setelah makan. Makanlah dengan tangan kanan tanpa sudu, garfu ataupun kayu chopstick. Sebaiknya kita yang menunggu makannan dan bukan makanan yang menunggu kita.

///: viii. Nabi saw juga mengajar untuk kite makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (Enzim -sejenis alat pencerna makanan)

///: x. " Dan janganlah ia mengusap tangganya dengan mindil/tuala /tisu n etc. hendaklah ia menjilati tangannya, kerana seseorang itu tidak menegetahui pada makannnya yang mana yang mengandungi berkat untuknya, sesungguhnya syaitan itu selalu mengintai untuk merampas harta manusia dari segala penjuru sehingga di tempat makannya. Dan janganlah ia mengangkat shahfahnya hingga menjilatinya dengan tangan, kerana sesungguhnya pada akhir makanan itu mengandung berkat. (kitab silsilah hadits hadits shahih no 1404)

///: xi. Nabi meminta umatnya untuk menjamah makanan dgn menggunakan Shahfah/Qash'ah (talam/dulang) dan diletakkan di atas hamparan.

iv. minuman :
///:: i. Rasulullah mengamalkan minum air sejuk (bukan ais) segelas setiap pagi. (untuk susah dapat penyakit)
///:: ii. minumlah air mineral/semulajadi - cara : 8 gelas sehari (subuh 2, zohor 2, asar 2, malam 2)
///:: iii. Jangan bernafas dalam minuman/ jangan tiup air panas
///:: iv. Jangan meneguk air sedangkan dalam sesi menjamah makanan, minum jika tersedak, berasa kekeringan atau setengah jam sesudah makan. (melancarkan selera makan serta mengelakkan dari terkena penyakit kembung air, mengembalikan tenaga yang hilang pada kadar tempoh yang lama, mengembalikan s keserian awek muda)
v. Nabi juga turut meminta untuk berwuduk setiap kali ingin membuat perkara suci seperti solat, membaca al-Quran, berzikir dan sebagainya.

3. ubat segala penyakit kecuali mati :
 i. habbatus sauda (jintan hitam)
ii. madu lebah
iii. kurma

4. kanser? - rajinkan solat tahajud sepertiga malam, insyaAllah mujarab,

 yakinlah dengan kuasa Allah kerana sesungguhnya kita adalah makhluk ciptaanNya.

ps: apa-apa yang ada boleh dikongsi, beritahulah ya, ^^ saya akan updatekan~