![]() |
| Brunei lebih takut laknat Allah, tapi Malaysia???? |
Friday, October 14, 2011
Tuesday, October 4, 2011
Sebaik-baik wanita
“Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki”....
Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi milikmu seorang. Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati.
Aku juga tidak mahu menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan kerana terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan. Bagaimana akan ku jawab di hadapan Allah kelak andai ditanya?
Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?
Kalau aku tidak ingin kamu memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut oleh Allah. Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?
Tidak ku nafikan sebagai remaja, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahwa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untuk mu. Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suami ku untuk menerima hati dan perasaan ku yang suci. Bukan hati yang pernah menjadi labuhan lelaki lain.
Diriku yang memang lemah ini telah diuji oleh Allah saat seorang lelaki ingin berkenalan denganku. Aku dengan tegas menolak, berbagai macam dalil aku kemukakan, tetapi dia tetap tidak berputus asa. Aku merasa seolah-olah kehidupanku yang tenang ini telah dirampas dariku. Aku bertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan?
Aku beristigfar memohon ampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan.
Kehadirannya membuatku banyak memikirkan tentang dirimu. Kau kurasakan seolah-olah wujud bersamaku. Di mana saja aku berada, akal sadarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang menggodaku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki itu bukan teman hidupku kelak.
Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi aku juga punya keinginan seperti wanita solehah yang lain, dilamar lelaki yang bakal dinobatkan sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tujuan yang satu.
Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad, yang mampu mendebarkan hati juataan gadis untuk membuat aku terpikat.
Andainya engkaulah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu kerana kita masih tidak mempunyai hak untuk begitu. Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan. Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.
Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari redha Illahi. Aku akan merasa amat bernilai andai dapat menjadi tiang penyangga ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi sekiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, mengulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu.
Akan ku keringkan darah dari luka mu dengan tanganku sendiri. Itu impianku. Aku pasti berendam airmata darah, andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku.
Cukuplah kamu mencintai Allah dengan sepenuh hati mu kerana dengan mencintai Allah, kamu akan mencintaiku kerana Nya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.
Seorang gadis yang membiarkan dirinya dikerumuni, didekati, bermesra dengan lelaki yang bukan muhrimnya, hilanglah harga dirinya di hadapan Allah. Di hadapan Allah. Di hadapan Allah!

Sunday, September 11, 2011
Kata-kata berilmu 3
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
surah al a'raf : ayat 13
kegunaan : kalau ada gangguan, boleh baca yang ni.. anak kecil menangis
kelebihan : syaitan amat takut dengan ayat ini.
Bila kita ada rasa cinta kepada ALLAH, apa yang berlaku atau akan berlaku adalah baik dari Allah. sebab Allah kan sebaik baik Perancang. ^^
Aku terima nikahnya si dia binti ayah si dia dgn mas kahwin sebanyak …
Bunyinya mudah, singkat dan cepat? Nah, ini makna yang sebenarnya ;
Aku tanggung dosa-dosa si dia dari ibubapanya, apa sahaja dosa yangg si dia buat, dari dedah auratnya sehingga tinggal solatnya, aku tanggung & bukan lagi ibubapa si dia. Dan aku tanggung semua dosa bakal anak-anak ku, jika gagal, maka aku fasik, dayus & aku rela masuk neraka & malaikat Zabaniyah melibas badanku sehingga pecah.
Jika 4 perkara ini ada pada diri seseorg, maka hebatlah dia:
1.Diam (tidak berkata sesuatu yang tidak berpahala)
2.Tawadduk
3.Selalu Berzikir
4. Membelanjakan sesuatu mengikut keperluannya sahaja.
Suratul A'raf : ayat 154
kegunaan : meredakan kemarahan, garang, cengil dan seumpama dgnnya
cara-cara : bacakan pada air minum / beras nasi / ubun-ubun orang terbabit sewaktu dia tidur
sumber : video Ustaz kazim - 'cinta dan kasih sayang 6/6'
Dari Nabi Muhammad saw:
'Demi diri aku yg berada di bawah kekuasaan Allah, kamu ini tidak akan masuk ke syurga sehinggalah kamu beriman. Kamu tidak akan beriman sehinggalah kamu berkasih sayang.
"Sehelai Rambut Wanita yang di lihat oleh LELAKI BUKAN MAHRAM dengan sengaja = Balasannya 70,000 TAHUN dalam NERAKA.
Sehari Akhirat = 1000 TAHUN di Dunia
...seorang wanita yang masuk NERAKA akan menarik 2 orang lelaki
1 - ayah kandung
2 - adik beradik lelaki
3 - suami
4 - anak lelaki kandung
SANGAT DAHSYAT HUKUMAN ALLAH MENGENAI TUNTUTAN MENUTUP AURAT.
"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu. Bukan juga yg paling solehah dlm kalangan kamu, krn aku juga pernah melampaui batas utk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dpt menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akn ada pendakwah. Maka akn jadi sikitlah orang yg memberi peringatan"
tidak ada kamu kasih akan sesuatu, melainkan kamu pasti jadi hamba baginya
nikmat itu musuh, bala itu kawan, nikmat kesenangan mnyusahkan kita beribadat, bala membuat kita sentiasa ingat pada Allah swt
Ilmu : haid yang telah kering SaH puasanya jika belum mandi wajib
Apa pakaian yg dipakai, membentuk peribadimu/ membatas perbuatanmu/ meletakkanmu pada tahap itu.. N jika berpakaian ia kerana Allah, itulah sebaik-baik pemakaian..
Alhamdulillah masih dipinjamkan nyawa hari ini.. ^^
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Subscribe to:
Posts (Atom)