Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Layari cahaya-pemimpin.deviantart.com untuk ke galeri lukisan dan foto kahwin saya. Syukron! X3

Sunday, August 22, 2010

Diary pada kali ini

22 ogos 2010 - masuk Isnin sudah.. tapi sekarang pukul 1:00am! yikes!

Pagi tadi aku bangun sedikit lambat kerana penat menyiapkan komik aku untuk bos aku. Mengantuk gila. Lepas pada tu aku teringat janji aku untuk ke rumah makcu aku kat *secret place*.. tihihihi.. dekat jer.. XP aku dapat berbuka ngan NASI HUJAN PANAS! punya la sedap! pergh.. dan dan tuh aku belajar ngan mak cu buat PUDING ROTI..

nak tahu cara dia? Sila salin ramuan best ini, kamu akan menyesal kerana tidak mencuba.. ia teramatlah SEDAP! (kalau pandai buat dengan baik laa.. gahahhaa)

1. Roti Gardenia (roti lain x sedap katanya.. x jadik kot) - eeennnaaam keping
2. teloq due butey - XP telur 2 biji
3. vanilla esen
4. gula secukup rasa
5. susu pekat 3/4 setin
6. susu cair setin
7. agaq-agaq - agar-agar daaa.. 25gram

langkah2nyer..

rebus dulu agar-agar dengan air 6 cawan, kendian blend (2,3,4,5 & 1), hancur lumat, masukkan dalam rebusan tadikkk.. pastu, asingkan sedikit dalam cawan lain untuk campuran warna2 untuk tarikan. selalunyer pakai pandan (hijau), sirap (merah) (eh ye ke? aku bedal jer.. aku pon x terer bab masak2 nie.. klu salah maaf yep.. )

Lepas tu titiskan dalam loyang yg berisi puding roti yang tidak berwarna lagi dengan yg diwarnakan mengikut kreativiti dan corak memasing.. capurkan berapa banyak warna yang korang suke.. (korang yang nak makan kan? jangan bubuh warna pelik2 sampai x dimakan orang sudah lah.. sederhana itu lebih baik maa.. X3 )

dah siap itu, bagi die keras kat luar (sejukkan sekejap), kendian masukkan dalam peti.. nanti dah ok, agak2 pejal.. boleh la potong n makan~ walla~ bon ne kap pe tit.. <--- natang ape tu? bantai la.. BACE DOA MAKAN dulu baru betol.. muahahha..





oh yea, sebelum terlupa nie AKIM yang selalu menangis sebab MAK dan AYAH dia dah pergi.. sedihkan? Dia asyik menangis, menangi dan menangis. Agaknya, waktu aku ambil gambar dia pon x sedar. Kadang2 aku teringin nak bawa dia ke kubur untuk menunjukkan bahawa ibu dan ayahnya telah tiada.

Harap-harap suatu hari nanti dia akan sedar dan memahami. Aku tak sanggup tengok dia menyebut-nyebut ' Ibu.. Yah..' budak yang baru mencecah 4 tahun ini masih lagi memerlukan kasih sayang dari kedua ibubapanya.. Semoga arwah dicucuri rahmat. amin.

Tuesday, August 3, 2010

Hatsune Miku Love is War (with English and Bahasa Melayu Translation) Lyrics

Hatsune Miku Love is War (with English and Bahasa Melayu Translation) Lyrics:

Mou ikiba ga nai wa
Now there’s no where to go
#~Kini sudah tiada tempat
kono koi no netsuryou
in the heat of this love
#~untuk kehangatan cinta ini
AHH…
AHH...
#~Ahh..

Haiiro no kumo,
Gray clouds,
#~Awan-awan gelap,
MONOKUROMU no kensou,
Monochrome bustles,
#~Monokrom yang bersesakan,
hizashi wa kageri,
sunlight cast shadows,
#~Matahari bersinar,
yuugure wa iro o kaete iku
dusk is changing it’s color
#~Debu-debuan berubah warnanya pula

Aa, sekai ga nijin de
Ah, the world is blurred
#~Aah, kaburnya dunia
Soredemo, suki de irareru ka nante?
Even so, will I still love you?
#~Namun masih, akankah aku cintamu?
Wakatteru, kedo dou sureba ii no?
I know this, though what should I do?
#~Aku tahu, tapi apakah caranya?
Doushitara...
How can I...
#~Bagaimana…
Dou sureba...?
What can I...?
#~Dan apa pula…?
Baka da na...
What a fool...
#~Em, Bodohnya
Watashi
I am
#~Aku ni

Hajimeru no yo,
Let’s begin,
#~Mari mulakannya,
Kore wa sensou!
This is war!
#~Inilah perang
Ureshi sou na kimi o miru nante!
Oh, to see you pleased with someone else!
#~Oh, melihat kau bergembira dengan yang lain!
Setsu naru koi
Earnest love
#~Menakluki cinta
Sore wa tsumi
that is sin
#~Itu yang berdosa
Misete ageru
I will show you
#~Kan kutunjukkan padamu
watashi no omoi o!
how I feel!
#~apa yang kurasa!

Saken de mita MEGAFON wa, kowareteta no
The megaphone I tried shouting in, was broken
#~Jeritan suara, megafonku telah pun pecah
Dore dake senobi shitatte,
How hard I try to overreach myself,
#~Kesusahan mencuba menarik
Kimi no shikai ni hairanai
I would fail to get into your sight.
#~Perhatian darimu gagal yang pasti

Aa, itsunomanika hareta sora...
Ah, a clear sky slid by..
#~Ah, cerahnya awan membiru indah~
Zenzen niawanai
But it doesn’t suit at all
#~Tapi tak kena waktunya
Kimochi ga osaerare nakute
I couldn’t get a hold of my feelings
#~Perasaanku, aku tak dapat rasa langsung
Doushitara...
How can I...
#~Bagaimana…
Dou sureba...?
What can I...?
#~Dan apa pula…?
Naite nanka
Crying...no,
#~Menangis? tidak…
Nain dakara ne
I’m not...
#~Tidak mungkin, sebab…
Daisuki
I love you
#~Aku cintamu

Tatakau no yo!
Fight it out!
#~Marilah berlawan!
HAATO o ute!
Shoot right to the heart!
#~Tepat pada hati!
Shudan nante eran de rarenai
I don’t have a choice
#~Aku sudah tiada pilihan yang lain
SUKAATO hirari misetsukeru no yo
Show off my skirt flap
#~Menunjukkan kibaran kain skirt aku / menunjukkan kebolehan yang ada pada ku
Kimi no shisen ubatte miseru no
I shall make you gaze upon me
#~Akan aku buat kau tertatap hanya padaku
Geigeki youi
Get ready to intercept
#~Bersedialah kamu
Senkyou wa imada furi nano desu
War situation still a drawback
#~Peperangan masih lemah
Koi wa moumoku
Love is blind
#~Kerana cinta itu buta
Kimi no kuchizuke de me ga sameru no
I’ll be awaken by your kiss
#~dan kupasti akan terjaga pabila mendapat kucupan darimu



PS: hanye suka suki, nak release tension.. aku paling x tahan bab 'skirt' tuh.. wakakaka.. nak nyanyi pon x dapat habiskan sbb 'kibaran skirt' tu lah.. hakhakhakhak... hope u all enjoy~

Animating signature in AE

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Adobe After Effect : Animating signature on pen





heres the true link for this video

http://tv.adobe.com/en/watch/creative-cow-after-effects-tutorials/animating-a-signature-part-2/

Animating signature




http://www.youtube.com/watch?v=OSTDNAxflQo

from deviantart Muslim arts


God existing


http://nayzak.deviantart.com/art/The-Barber-And-The-Client-172264372?q=sort%3Atime+gallery%3Anayzak&qo=1

here a simple flash to understand. like a comic in flash.. enjoy n understands well.. X3



Because he is a Muslim?

http://fc01.deviantart.net/fs71/f/2010/201/c/0/Because_he_is_a_muslim____by_Nayzak.swf

an art for ALL religion.. please read n make ur comment there~! X3

Sunday, August 1, 2010

TIPS KEKAL CANTIK

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

1. MINUM AIR MASAK 8 GELAS SEHARI

- subuh 2 gelas
- zohor 2 gelas
- asar 2 gelas
- malam 2 gelas

Kebaikan minum air secukupnya?

i. tenaga cukup
ii. jerawat tiada/ berkurangan
iii. membantu pemikiran
iv. ahhhh, manusiakan memerlukan air yg banyak.. apsal la degil sangat x nak minum air..
v. kan jimat minum air masak yg dimasak sendiri.
vi. x yah la nak beli pencuci muka ker, produk ker haper.
vii. air masak SAJE pon dah cukup untuk segale jenis kecantikan la beb~!
viii. utamakan air masak okay?!
viiii. eh apsal la aku buat point jugak sume nie.. biarlah... =.=''

2. TIDUR YANG CUKUP

atleast, tdo la 8 jam.. lebih sikit pon x pe.. lebih byk pon ok kot.. kot.. (jgn x bgn trus sudah) n kurang tu yg menyakitkan...

3. TIDUR PADA MASA YANG BETUL

Allah dah jadikan siang untuk melakukan tugas, malam untuk berehat.. apehal la wat x reti bahase nak gunekan mlm wat kje? adoiiiiiiiii.. aku pon penat nak nasihat kat DIRI SENDIRI.. hahaha.. XP apetah lagi orang len yg SUDI nak bace mnde alah nie sumer..

4. BERWUDUK SEHARIAN

Nape? ang tnye nape ek?

masuk link nie - http://muslimrituals.blogspot.com/2009/04/keajaiban-berwuduk.html

Menurut Abu Hurairah r.a, Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bersabda:

Apabila seorang hamba muslim atau mukmin berwuduk lalu membasuh mukanya, keluarlah semua dosa yang dilihat dengan matanya bersama air atau bersama titisan air. Apabila dia membasuh kedua-dua belah tangannya, keluarlah dosa yang dilakukan menggunakan kedua-dua belah tangannya bersama air atau bersama titisan air. Apabila dia membasuh kedua-dua belah kakinya keluarlah dosa berjalan yang dilakukan menggunakan kedua-dua belah kakinya bersama air atau bersama titisan air terakhir sehingga dia benar-benar bersih dari segala dosa- Hadith riwayat Muslim, kitab al-Toharah, bab khuruj al-Khotoya Ma’a al-Wuduk.


tapi ade lagi satu aku bace, aku dah lupe la ayat betul die... kalau dah berwuduk, contohnye time maghrib, nak sambung isyak, korang ambillah wuduk lagi sekali.. tu je boleh cakap.. ade ganjaran baik amat disitu.. tapi aku lupe.. hohoho.. XP

5. JADI MANJA DAN BELAI HANYA UNTUK DIRI SENDIRI & PADA DIRI SENDIRI

'ah, cantiknyer mate ku, subhanallah..'

hehehe, mesti mate kamu tu akan rase best sebab tuan sendiri puji.. hehe, percayelah, dengan memuji diri sendiri, dapat membuatkan diri kita sentiasa positif dan dapat wat kita menghargai diri kita.. hei, sape lagi nak hargai kita melainkan diri sndiri.. dol... dodol.. lol.. hahaha

PERINGATAN : jangan la kau memuji smpi terdengar dek orang len, nnti dorang kate kamu x betul plak.. jangan salahkan ku~~~ kerna ku sudah mengingatkan padamu~~~ XP

badan kamu pon nak dibelai lembut, jgn la berkasar sgt dengan die.. ok? die badan kamu juga, bukan orang lain punye.. jangan nak gatal bagi orang yg x halal yang belai badan korang! klu suami/isteri korang x per laa... (peringatan keras KERASAN bagi budak2 yg tengah belayar dalam PERKAPALAN 'couple dol' @k@ orang ISLAM) hahahaha.. gahahaha lalalaa.. XP

6. MATA, HIDUNG, MULUT, PAKAIAN

~lihat yang cantik, indah, bersih, kebaikan orang/makhluk Allah - nescaya mata mu bersinar indah~

~bau yang harum, bersih, wangi, lembut, menyenangkan - membantu pemikiran dan dapat membuah idea best lagi tertarik da bom.

~ senyum, berkata baik aje, sebut ape yg boleh membawa kebaikan dan pahala tak kira utk diri dan orang lain, lebih baik diam jika kamu dalam keadaan marah, dont say harsh word dear friends.. kerana perkataan itu mampu mengubah kamu.. PERCAYALAH~~~

~ tutup aurat, selesa, kemas, cantik, orang lain pandang pon rase ok n x berdosa, rase sejuk hati dengan penampilan kita.. n bagai2 lagi..

SEMESTINYA, JIKA KAU WANITA YANG MALU, MESTI KAU MENJAGA AURATMU.. DAN SESUNGGUHNYA, MALU ITU WANITA, DAN WANITA ITU PEMALU.

tak paham lagi? KLU X MALU, X DE RASE MALU, BUKAN WANITA LA OI~~~~~! dah tu klu bukan wanita, ape die? LU PIKIAQ LA SENDIRI~!





Taati Allah ubat gelisah

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

KEHIDUPAN pasti ada cabaran, suka dan duka. Tidak bernama kehidupan tanpa cabaran, ia ibarat warna-warni yang menghias diri.



INGAT ALLAH…amalan membaca al-Quran dapat melahirkan individu yang bersih jiwanya.

Namun, seberat mana masalah yang menimpa, jangan mudah berputus asa. Rahmat dan nikmat Allah sentiasa meliputi kita. Sebenarnya tujuan Allah menyakitkan adalah bagi menyembuhkan, begitu juga Allah menyempitkan adalah untuk meluaskan. Hebatnya perancangan Allah bagi menguji hamba-Nya.

Ketandusan hati adalah penyakit yang amat ketara dalam masyarakat kita hari ini. Ramai susah hati, gelisah, gundah-gulana walaupun memiliki segala-galanya, harta dan kuasa.

Hakikatnya, kebahagiaan dan ketenangan bukan terletak kepada kemewahan, harta benda atau kuasa kerana manusia yang kaya-raya hidup tidak senang, takut, runsing dan tidak tenteram. Mengapa?

Apabila hati dikuasai iman dan takwa, akan lahirlah kebaikan. Namun, apabila hati dikuasai nafsu, amal yang muncul adalah keburukan.

Tidak hairanlah apabila seseorang itu mengalami kegelisahan akan melakukan apa saja di luar batasan akal manusia. Ia berlaku kerana gagal mengawal perasaan serta tidak melihat Allah sebagai Yang Maha Kuasa dan Maha Esa.

Demikian juga halnya dengan penyakit seperti dengki, dendam dan iri hati yang semuanya berpunca daripada kegelisahan dan tiada ketenangan dalam hati mereka.
Pelbagai usaha yang dilakukan dalam mencari ketenangan jiwa. Ada antara mereka yang mencari ketenangan jiwa itu dengan melancong, bersukan, yoga atau melukis.

Ada juga memilih jalan ‘songsang’ seperti berhibur di kelab malam, minum arak atau mengambil dadah.

Apabila manusia berasakan Allah begitu dekat dengannya walaupun dibebani dengan masalah, mereka akan segera mendapatkan ketenangan dengan membaca al-Quran, berzikir, bersolat dan melihat keindahan alam ciptaan Allah. Inilah ubat ketenangan.

Allah berfirman yang bermaksud: “(Iaitu) orang yang beriman dan tenteram hatinya dengan mengingati Allah dengan mengingati Allah. Ingatlah (bahawa) dengan mengingati Allah itu, tenteramlah segala hati. (Surah al-Ra’d ayat 28).

Hati orang yang beriman itu akan sentiasa tenang dan tenteram kerana mereka mengingati Allah. Tidak kira walau mereka ditimpa malapetaka, mereka segera insaf dan melihat kembali kesilapan yang dilakukan agar ia dapat diubah.

Kesenangan hati itu adalah kebahagiaan yang sebenarnya. Dengan itu, Islam amat menitikberatkan tanggungjawab menunaikan solat lima waktu lima kali sehari semalam kerana dengan bersembahyang manusia dapat membersihkan hati dan jiwa.

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, sembahyang itu tempat ketenangan jiwa dan kesenangan hatinya. Jadi, orang yang mengerjakan sembahyang lima kali sehari semalam seolah-olah mereka mengingati Allah siang, malam, pagi dan petang.

Dengan bersembahyang, hati terasa sedang mengadu serta merintih kepada Allah. Hal berkenaan dijelaskan Rasulullah, bahawa dengan sembahyang, hati orang beriman dan bertakwa sudah terhibur.

Baginda bersabda yang maksudnya: “Di antara kesenangan dunia yang aku sukai ialah wanita, wangi-wangian dan penenang hatiku adalah sembahyang”. (Hadis riwayat Al-Nasa’ei).

Itulah bezanya orang yang bersembahyang dengan orang yang meninggalkannya. Maka jangan sesekali kita rasa berat mengerjakan solat kerana ia ternyata memberikan banyak manfaat.

Dalam mencari ketenangan, seseorang perlu berpandukan syarak supaya ia tidak jauh tersasar. Ketenangan yang dicari dengan berseronok hanyalah bersifat sementara.
Orang yang berada dalam keadaan tidak tenang akan sentiasa bersedih, muram serta susah hatinya. Maka, kita perlu mengingati Allah pada setiap masa dan memohon taubat kepadanya.

Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya, Allah menyukai orang yang bertaubat dan mengasihi orang yang bersuci” (Surah al-Baqarah ayat 222).

Walau bagaimana berat sekalipun ujian, Allah sentiasa membantu. Firman Allah yang bermaksud: “Dia yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang yang beriman supaya bertambah keimanan mereka bersama keimanannya. Kepunyaan Allah tentera langit dan bumi dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana” (Surah al-Fathu ayat 4).

Jadi, kita tidak boleh merungut, berasa beban atau tertekan dengan ujian hidup. Rasulullah sendiri menempuh pelbagai ujian sehingga Baginda diangkat darjat Ulul Azmi iaitu mereka yang paling gigih, sabar dan berani menanggung ujian.

Firman Allah yang bermaksud: “Adakah kamu menyangka, kamu akan masuk syurga sahaja dan tidak akan datang (malapetaka) kepadamu seperti yang telah datang kepada orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa kemiskinan dan kemelaratan yang amat sangat dan mereka gementar (ketakutan) sehingga berkata rasul dan orang yang beriman bersamanya: Bilakah tibanya pertolongan Allah? Ingatlah, bahawasanya pertolongan Allah itu hampir tiba.” (Surah al-Baqarah ayat 214).

Bagi orang beriman, ujian bukanlah dianggap sesuatu perkara yang malang kerana Allah mempunyai perancangan di sebaliknya.

Dalam keadaan berdosa sekalipun, ujian ditimpa sebagai satu pengampunan. Manakala dalam keadaan taat pula, Allah menurunkan ujian bagi meningkatkan darjat seseorang.
Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (Ilim), Zamihan Mat Zain, berkata tiada cara lain ‘mengubati’ penyakit gelisah melainkan mentaati segala perintah Allah.

“Walaupun kita diuji dengan penyakit, derita atau miskin kita perlu kembali semula kepada Allah s.w.t yang pasti mempunyai perancangan buat manusia.

“Bagaimana boleh dapat merasai ketenangan jika manusia tidak pernah melawan hawa nafsu yang sentiasa menjuruskan mereka ke lembah kehinaan,” katanya.

Zamihan berkata, manusia perlu ‘sibuk’ berurusan dengan Allah kerana Dia memberikan segala-galanya termasuk kesenangan.

“Dengan mengingati nama Allah, hukum serta qada dan qadar mampu menjadikan jiwa manusia lebih kuat dan tenang.

“Insya-Allah, dengan zikrullah hati akan sentiasa lapang. Jika Allah uji dengan kematian insan tersayang misalnya mereka perlu bersedia dan menerima takdir itu dengan hati terbuka. Daripada situ akan timbul sifat reda menerima ketentuan yang Allah janjikan,” katanya.

Beliau berkata, bagi mereka yang berada dalam kekusutan perlu meleraikan dahulu masalah yang dihadapi dan tidak membiarkan kegelisahan itu menguasai fikiran.
“Reda dan pasrah terhadap ketetapan dan ketentuan Allah akan mententeramkan hati manusia daripada segala macam kegelisahan jiwa yang timbul.

“Benar, kesedihan tidak mungkin dapat ditolak. Mengapakah kita memberi ruang serta membiarkan diri kita tenggelam dalam kesengsaraan?” katanya.

Selain itu, Zamihan berkata orang beriman pasti tenang apabila dapat melihat alam ciptaan Allah s.w.t dan sebab itu manusia digalakkan berbuat demikian sebagai tanda memuji kebesaran Allah.

“Mereka pasti rasa bahagia apabila dapat melihat ciptaan Allah di muka bumi ini seperti lautan, bukit bukau, haiwan, langit dan gunung ganang yang semuanya mempunyai peranan masing-masing.

“Muhasabah diri itu penting bagi menilai kesilapan kita. Jika kita berasakan diri ini teruk dilanda masalah, kita perlu fikir masih terdapat individu lain yang lebih hebat diuji Allah,” katanya.

Beliau berkata bebanan masalah tidak boleh disimpan dan ia perlu dibawa berbincang dengan mereka yang boleh menyelesaikannya.

“Kadangkala kesusahan hati seseorang tidak digambarkan melalui riak wajahnya kerana mereka dilihat bersahaja. Sebab itu mereka lebih selesa memendam perasaan. Namun, itu bukan cara terbaik bagi menyelesaikan masalah kerana dibimbangi ia akan memudaratkan diri sendiri.

“Elok rasanya kita meminta pandangan orang yang boleh dipercayai kemudian berbincang bagaimana masalah itu boleh diselesaikan,” katanya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~