Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Layari cahaya-pemimpin.deviantart.com untuk ke galeri lukisan dan foto kahwin saya. Syukron! X3

Monday, September 20, 2010

WEH KORANG! WAJIB BERUSAHA TAU!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Begitu penting usaha @ amal perbuatan di dalam Islam hinggakan agama ini tetap memerintahkannya walaupun usaha itu kelihatannya SIA-SIA.

inilah yanh terjadi pada Maryam, ibu Nabi Isa a.s. Ketika beliau hampir melahirkan dan duduk di bawah pokok kurma yang sudah mati, Allah memerintahkan Maryam untuk menepuk batang pohon itu.

~~~~Firman Allah S.W.T di dalam Al-Quran~~~~

" dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu." (Maryam : 25)

Maryam melakukan apa yang diperintahkan, dia menggoyang pokok kurma itu lalu menjatuhlah buahnya, sehingga dia boleh memakannya.

Peristiwa ini merupakan SATU MUKJIZAT.

Dengan kata lain, jatuhnya buah kurma dengan usaha Maryam adalah sesuatu yang tidak mungkin terjadi kalau dilihat dari segi logik akal dan hukum alam.

MANA MUNGKIN SEORANG WANITA YANG SEDANG HAMIL DAN DALAM KEADAAN LEMAH MAMPU MENJATUHKAN buah kurma dari pokoknya dengan cara MENGGOYANGKAN BAHAGIAN BAWAH POKOK?

Sementara kaum lelaki yang kuat sekalipun mengambil kurma dengan cara MEMANJAT dan MEMETIK buahnya, bukan mengoyang-goyangkan pokok.


PENGAJARAN HARI INI:

Dalam kisah Maryam ini, jelas Allah akan memberi rezeki buah kurma kepadanya dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. Dalam erti kata lain, Allah tidak memerlukan usaha Maryam sebagai satu jalan untuk menjatuhkan buah kurma dari pohonnya dan perbuatan Maryam itu kelihatan seperti SIA-SIA atau tidak kena cara untuk mendapatkan kurma, bukan?

Mengapa agaknya Allah tidak serta merta menjatuhkan buah kurma dari pokonya? Mangapa Allah tetap memerintahkan Maryam untuk menggoyangkan pokok kurma walapun seperti tiada guna?

Anda mampu meneka jawapan itu sendiri.

Disini, jelas terlihat 2 perbuatan yang senantiasa berjalan beriringan.

1. perbuatan manusia
2. perbuatan Allah

Kesimpulannya, jangan lupakan perbuatan yang kedua iaitu perbuatan Allah. Usahakan apa sahaja yang kamu lakukan walaupun seperti sia-sia dan semacam tidak nampak apa yang berada dihadapan. Allah akan sentiasa nampak akan usahamu.. Sesungguhnya Allah Maha Melihat.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

No comments:

Post a Comment