Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Layari cahaya-pemimpin.deviantart.com untuk ke galeri lukisan dan foto kahwin saya. Syukron! X3

Monday, September 28, 2009

Terus Bercinta!


MEMAHAMI PERPISAHAN

~Kita dapat mengharunginya
~Aku boleh hidup tanpamu
~Minta pertolongan daripada seseorang
~Biarkan mereka membantu
~Terima kenyataan 
~Aku bukan untukmu 
~Kita tidak keseorangan
~Hari esok akan tiba 
~Kita tidak akan berduka selamanya
~Kita seorang yang hebat 
~Ambil masa untuk mengubatinya 
~Kosongkan kepala
~Analisa kejadian yang berlaku
~Banyakkan berehat
~Berkerja secara produktif
~Berkongsi dengan orang yang berpengalaman
~Buat jadual baru
~Teruskan aktif
~Kita masih belum rasional lagi
~Kita tidak seaktif dahulu


MENGUBATI LUKA PERPISAHAN

~Prinsip 3T
~Menangislah
~Jangan menafikannya
~Jaga diri kita dengan lemah lembut
~Elakkan situasi yang memberi tekanan
~Ingat! Kita mudah dilukai 
~Ambil makanan yang berkhasiat 
~Rasa takut itu normal 
~Marah itu normal
~Lepaskan tekanan itu
~Manjakan diri kita
~Kreativiti
~Fahami emosi diri
~Putuskan komunikasi
~Tukar nombor telefon
~Pergi bercuti di tempat jauh
~Guna alasan rasional 
~Jangan keliru lagi 
~Gunakan masa kita sepenuhnya 
~Kenal pasti sebab perpisahan
~Bukan salah kita
~Tampal luka perpisahan 
~Pulangkan barang dia 
~Elakkan diri daripada bejumpa
~Terapi Warna 
~Tulis surat kepadanya 
~Bantuan profesional 
~Selamat tinggal sayangku 
~Sebut kuat-kuat 
~Ketawa 
~Kelilingi diri dengan benda hidup 
~Cuba gambarkan 
~Realistik Dengan Kehidupan 
~Sangka Baik Dengan Tuhan

POSITIFKAN KEHIDUPAN KITA

~Cuba hobi baru 
~Teruskan hobi lama 
~Hadiahkan diri kita bunga 
~Rancang masa hadapan 
~Mulakan dari sekarang 
~Kita lebih kuat sekarang 
~Puji diri kerana berani bercinta
~Tingkatkan kemampuan diri 
~Maafkan dia 
~Maafkan diri kita
~Kehidupan tidak akan sempurna 
~Kata-kata ajaib 
~Cari kenalan baru
~Bertindak positif kepada perkara negatif 
~Carilah kebahagiaan
~Tahniah! Kita sudah pulih sepenuhnya

Friday, September 25, 2009

inspirasi .::Syurga Cinta::.


.::ADA TIGA JENIS JODOH::.
~JODOH DARI SYAITAN~

.:: Jodoh dari syaitan dimana, apabila kita jatuh cinta kepada si dia, kita berpegangan tangan, kita bercumbuan, dan terus melakukan maksiat,berlakunya mengandung dan baru bernikah. ::.

~JODOH DARI JIN~

.:: Jodoh dari jin dimana, apabila kita jatuh cinta padanya, tetapi dia tidak sukakan kita, kita gunakan sihir dan ilmu hitam untuk menambat hati dan membuat dia supaya jatuh cinta kepada kita, lalu bernikah. ::.
~JODOH DARI ALLAH~

.:: Jodoh dari Allah s.w.t dimana, apabila antara kita bertemu mata, dan terasa kelainan yang menusuk dikalbu, meminta bernikah dan diterima nikahnya. insyaAllah bahagia hingga ke syurga.. itulah Syurga Cinta... ::.


Thursday, September 24, 2009

mesej 1 Seni Selamatkan Cinta . com

Salam Hormat Niea_nine , 

Saya A.F Hazwan dari SeniSelamatkanCinta.com
Adakah anda mempunyai masalah dalah perhubungan
cinta anda? 

Saban hari saya menerima banyak emel dan
pertanyaan dari mereka yang bermasalah dalam hubungan. 

Dari persoalan-persoalan yang mereka kemukakan, saya
rangkumkan dalam bentuk sebuah ebook untuk
membantu.

Membantu merencana dan menyelamatkan kembali
sebuah hubungan yang retak dan bermasalah.

Untuk membantu, menyemarakkan kembali cinta
tersebut.

Saya tidak akan bercakap panjang. Saya cuma ingin
berkongsi satu perkara yang sangat perlu anda
tahu.

First thing first.

==============================================
>>Apa Juga Yang Anda Buat Selama Ini, Jika Ia
Tidak Berkesan, Jangan Ulangi<<
==============================================

Jika selama ini anda berleter, anda berdiam diri
makan hati, anda bertengkar, anda mengancam...

Tetapi ia tetap gagal, hentikan.

If you always do the same thing, you will always
get the same result.

It's a crazy thing dan ia akan menyebabkan
pasangan
anda menyampah. (sounds familiar?)

Remember that. 

Maaf jika anda merasa tersinggung. tetapi ubat
itu
memang pahit.

Nantikan emel seterusnya dari saya untuk tips
seterusnya.

Selamat Bertahan!


A.F Hazwan
Akademi Seni Cinta

SaifulSham Consultants, Suite 20, 6th Floor, IOI Business Park Persiaran Puchong Jaya, Puchong, Selangor 47100, Malaysia

Wednesday, September 23, 2009

seni selamatkan cinta



Panduan langkah demi langkah menyelamatkan cinta anda dalam masa 7 hari. ~Terbukti + Praktikal~ ~Lain dari buku motivasi cinta di pasaran. (1st di Malaysia)~ ~ Hasil serta merta (berdasarkan sains NLP dan Hukum Tarikan~ www.seniselamatkancinta.com - seni selamatkan cinta website 


#hari 1 Formula Untuk Mencari Punca Masalah Dalam Hubungan Anda... Siapa Yang Bersalah!  

 Bilangan Mukasurat: 17 Tahukah anda siapa yang bersalah sehingga hubungan anda jadi tidak keruan? Soalan tersebut selalu bermain di fikiran kita bila kita tidak berpuas hati dengan hubungan. Masalahnya, bagaimana untuk kita mencari dalang sebenar? Adakah formula yang spesifik untuk kita gunakan? Jawapannya ada dan anda jangan berteka-teki lagi. Dalam ebook Seni Cinta ini saya kongsikan formula tersebut. Tujuannya, anda dapat tahu siapa yang bersalah dan buat sesuatu untuk menghapuskan masalah tersebut (informasi tidak ternilai, ini sahaja boleh membuat pasangan anda tidak sanggup meninggalkan anda) Cuba bayangkan jika anda dapat tahu punca sebenar masalah cinta anda, dan anda selesaikan masalah tersebut (neutralize), bukankah peluang anda untuk menyelamatkan cinta tersebut akan jadi lebih tinggi? 


#hari 2 Empat Perkara Anda Boleh Lakukan Yang Membuatkan Pasangan Anda Tidak Sanggup Meninggalkan Anda, Lagi & Selamanya...    

Bilangan Mukasurat: 20 Sebenarnya, hubungan cinta dan sayang ini adalah keperluan manusia. Jadi saya telah mengkaji dengan spesifik dan menemui 4 perkara yang jika dipenuhi akan membuatkan manusia itu selesa dan tidak mahu keluar dari comfort zone (zon selesa) tersebut. Anda tidak perlu berjumpa bomoh, atau mengikat pasangan anda tanpa kerelaan mereka. Menggunakan teknik saintifik ini, anda akan dapat melihat kekurangan anda untuk di atasi. Lagi cepat anda menyediakan 4 perkara ini dalam hubungan anda, lagi cepat cinta tersebut akan dapat diselamatkan dan pulih. Lebih baik, pasangan anda tidak mahu lagi meninggalkan anda, kerana beliau gembira bersama anda! 


#hari 3 Cara Sebenar Menguji Pasangan Anda Untuk Mengetahui Isi Hatinya  

Bilangan Mukasurat: 12 Anda dan saya adalah manusia biasa. Walau berapa ramai pun yang menasihati kita agar jangan menguji pasangan, tetapi kita buat juga. Kita mahu tahu, adakah dia benar-benar mencintai kita? Tetapi, dengan cara ujian kita yang biasa, kita sekadar meburukkan situasi cinta anda. ~Jangan curi-curi membaca SMSnya. ~Jangan bertanya rakannya lelaki atau perempuan. ~Jangan gunakan 'merajuk' sebagai senjata utama anda. ~Jadi saya telah berjumpa, cara sebenar yang membolehkan kita menguji pasangan kita, tanpa risiko dimarahi dan dikecewakan. Faedah untuk anda setelah menggunakan teknik ini adalah, anda dapat tahu apakah makna cinta dan sayang sebenarnya pada pasangan anda. Setelah itu, anda dapat lihat pula adakah makna tersebut ada pada diri anda. Jika tiada, anda boleh adakan untuk membuatkan pasangan anda benar-benar cinta dan sayang pada anda! - Semua ini akan berhasil sekiranya anda tahu apa yang pasangan anda mahukan. Lelaki dan wanita memerlukan keperluan CINTA yang sama, tetapi apabila keperluan ini tidak dipenuhi mereka akan berasa sakit dan menyalahkan pasangan mereka.    


 #hari 4 Lima Jenis Ayat-Ayat Cinta Yang Mampu Menggoda Dan Memenangi Kembali Hati Pasangan Anda  

Bilangan Mukasurat: 14 Banyak masalah cinta dan perhubungan bermula dari komunikasi. Jika dalam buku-buku motivasi cinta yang lain, anda akan disuruh untuk berkomunikasi dengan lebih jelas. Tetapi masalahnya, mereka tidak menunjukkan caranya! Bukan anda sahaja yang berasa demikian. Ketika saya pertama kali putus cinta, lebih dari 15 buah buku teknik bercinta telah saya khatamkan. Baik yang berbahasa Melayu mahupun Inggeris. Tapi saya tetap kecewa, mereka terlalu menekankan pada teori dan kurang pada praktikal teori tersebut. Tetapi dalam ebook Seni Selamatkan Cinta ini, saya tunjukkan bagaimana dan ayat apa yang boleh digunakan untuk memenangi kembali hati pasangan anda (walaupun si dia berada di pangkuan orang lain pada ketika ini). 


#hari 5 Cara Betul Menghukum Pasangan Tanpa Mempertaruhkan Kebahagiaan Cinta  

Bilangan Mukasurat: 11 Dalam bahagian ini juga saya berbeza pendapat dengan teori-teori cinta oleh "pakar" cinta di luar sana. Pada pendapat saya sebagai manusia biasa, tidak logik untuk kita diminta bersabar sedangkan pasangan kita saban hari mencabar kemarahan kita. Kita manusia biasa, bukan malaikat. Tidak logik juga untuk kita di minta slow talk dengan pasangan. Ini kerana ada sesetengah orang yang asyik mahu menang. Dan ada juga pasangan yang langsung tidak suka berbincang. Bila diajak, muncung! Anda pernah mahu marah pasangan anda tapi khuatir si dia akan merajuk sekaligus meranapkan kebahagiaan hubungan yang sedang anda nikmati? Jangan gusar, saya telah berjumpa cara yang betul untuk melakukannya. Saya telah berkali-kali mencubanya dengan hasil sangat positif. Bayangkan jika anda dapat menguasai teknik ini, bukan sahaja anda dapat marah pasangana anda, tetapi anda juga dapat melakukannya dengan betul. Anda tidak perlu lagi berendam perasaan dan air mata semata-mata kerana disakiti hati. Anda akan dapat membuatkan pasangan anda lebih hormat kepada anda. 


#hari 6 Sistem Saintifik Yang Membolehkan Anda Memukau Pasangan Anda, Supaya Si Dia Berasa Seperti Masih di Bulan Pertama Percintaan. Bila-bila Saja Anda Mahu.      


 Bilangan Mukasurat: 10 Sistem yang berkuasa ini diadaptasi dari aplikasi NLP (Neuro Linguistik Programing) dan hasil kajian Dr Ivan Pavlov (saintis tersohor dunia dari Rusia dan pemenang anugerah Nobel). Apabila anda menggunakan sistem ini, anda akan dapat membuatkan pasangan anda merasakan kegembiraan dan sensasi yang dirasakan ketika bulan pertama percintaan! Yang lebih baik, kaedah ini sama sekali tidak melibatkan rangsangan seksual! Ia adalah teknik saintifik yang paling berkuasa yang perlu anda gunakan untuk menyelamatkan cinta anda. Faedahnya apabila menggunakan teknik ini, anda akan dapat menghilangkan rasa jemu dalam diri pasangan pada anda, dan juga meningkatkan adrenalin cinta dalam aliran darah! Yang lebih hebat, dengan pemahaman anda mengenai teknik ini, anda mampu mencipta lebih banyak lagi 'sentuhan ajaib' - termasuk di bahagian sulit pasangan anda. 

#hari 7 10 Teknik Gerila Untuk Menyelamatkan Cinta Walaupun Pasangan Anda Tidak Mahu Bekerjasama.  

Bilangan Mukasurat: 11 Jika anda pernah mencuba untuk mengajak pasangan anda memperbaiki cinta, pasti anda menyedari tidak semua mahu bekerjasama sepanjang masa. Adakalanya si dia penat, bosan dan tidak mahu mengalah. Jika mereka bekerjasama pun, seolah-olah mereka dipaksa. Apabila tiada kerelaan seperti ini, bukan mudah untuk menyelamatkan cinta. Dengan 10 teknik yang saya kongsikan di bahagian ini, anda boleh menyelamatkan cinta anda secara berseorangan, walaupun tanpa pasangan anda. Jadi anda tidak akan terikat dan buntu tidak dapat berbuat apa-apa jika pasangan anda tidak mahu. Sungguh berkuasa, anda akhirnya dapat membuatkan pasangan anda tertawa ketika marah! 


www.seniselamatkancinta.com - seni selamatkan cinta website

Tuesday, September 22, 2009

JIKA AKU JATUH CINTA


Jika aku jatuh cinta... 
Ya Allah, Jika aku Jatuh cinta Ya Allah,
 Cintakanlah aku pada seseorang... Yang melabuhkan cintanya pada-Mu, 
Agarku bertambah kekuatanku... Untuk mencintai-Mu. 
Ya Muhaimin, Jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati... Seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu, 
Agar tidak terjatuh aku... dalam jurang cinta nafsu.
 Ya Robbana... Jika aku jatuh hati, 
Jagalah hatiku padanya... Agarku tidak berpaling daripada mengingati-Mu. 
Ya Robbol izati... Jika aku rindu... 
Rindukanlah aku pada seseorang yang Merindui syahid dijalan-Mu. 
Ya Allah, Jika aku menikmati cinta kekasih-Mu, 
Janganlah kenikmatan itu melebihi Kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir ku. 
Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu, 
Jangan biarkan aku tertatih dan... Terjatuh dalam perjalanan panjang...
 Menyeru manusia kepada-Mu... Ya Allah, jika kau halalkan aku merindui kekasih-Mu, 
Jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu. Amin... Ya Robbal Aa'lamin..

Monday, September 14, 2009

5 SEBAB WANITA MENGALIRKAN AIR MATA

PSIKOLOGI PERKAHWINAN


5 SEBAB WANITA MENGALIRKAN AIR MATA

Ramai lelaki mengeluh tentang sikap wanita yang sukar difahami dan sukar dijangka. Ada waktunya begitu gembira tapi sekejap kemudian wajah bermuram durja. Ketika ditanya, pasangan mendiamkan diri hingga membuatkan lelaki bergelar suami berasa keliru. Tak kurang juga yang tiba-tiba saja merajuk tanpa ketahui sebab mahupun punca. Sewaktu bersua dipagi hari, kelakuannya seperti biasa, tapi pulang dari bekerja dan bertemu di rumah sikapnya sungguh berbeza. Wajah masam mencuka tanpa sepatah pun kata-kata. Puas dipujuk tapi tak juga berhasil.

 

Namun yang paling membuatkan suami berasa ralat bila tiba-tiba melihat pasangan mengalir air mata. Bukan sekali dua tapi selalu berlaku. Bergaduh tidak, tersalah kata tidak, dimarahi pun tidak jadi mengapa wanita mudah menangis tanpa punca.

                Selalunya pada fahaman kaum lelaki apa yang berlaku pada pasangan mereka ini memang sudah menjadi sifat azali mereka. Perasaan mahupun mood mereka  boleh tiba-tiba bergelojak, turun naik bila-bila masa saja. Tapi hakikat sebenarnya, wanita pastinya tidak akan mengalirkan air mata begitu mudah tanpa alas an yang jelas. Wanita juga tidak mahu kelihatan bersikap keanak-anakan di hadapan pasangan mereka. Tiap kali mengalirkan air mata pastinya ada sebab. Oleh itu lelaki yang bergelar suami harus mengetahui punca ini agar boleh memahami hati dan perasaan isteri mereka.

 

 

1.       FAKTOR HORMON
Memasuki waktu pra menstruasi wanita sering
  bersikap lain daripada kebiasaannya. Antaranya seperti sering marah-marah, sukar mengawal emosi dan sangat sensitive dengan hal-hal yang bersangkutan dengan hati dan perasaan.

Kadang-kadang hanya kerana hal yang kecil saja, seperti suami terlupa membeli barang yang dipesannya, isteri boleh tersinggung dan kemudiannya menangis. Isteri juga boleh tiba-tiba marah atau naik angin kerana perkara tidak seberapa hingga membuatkan suami kebingungan menghadapi sikap tersebut.

 

2.       INGIN MEMANIPULASI KEADAAN

Rasa bersalah atau malu sering diungkapkan oleh wanita dengan menangis, perkara ini dilakukan semata-mata untuk menarik rasa simpati dan usaha untuk menutupi kesalahan dari pasangan agar tidak marah atau kecewa dengan dirinya.

Sememangnya sikap ini tidak langsung mencerminkan kedewasaan atau kematangan di hadapan pasangannya namun bagi sebahagian wanita mereka menganggap ia cukup berkesan untuk mendapatkan kemaafan atau sekadar bermanja-manja dengan pasangannya.

 

3.       PERASAAN EMOSI

Jika wanita didapati pasangan mengalirkan air mata bukan sahaja kerana faktor hormon atau manipulasi, barangkali faktor emosi yang menjadikan wanita bertindak seperti itu. Banyak faktor yang menyebabkan wanita merasa emosi seperti kekecewaan, sakit hati, kesedihan atau masalah yang melibatkan perasaan. Ketika emosi wanita sedang memuncak dan tidak dan tidak bertemu tempat untuk mencurahkan isi hatinya, kebiasaannya menangis menjadi jalan penyelesaian yang dipilih untuk melepaskan rasa sesak pada perasaannya.

 

4.       AMARAH

Ada berbagai cara wanita berhadapan dengan rasa marah, ada yang menjerit, membebel tanpa henti, bersikap kasar, berdiam diri dan boleh jadi hanya mampu menangis. Tangisan ini kadang-kadang membuat orang di sekelilingnya terutama pasangan turut terkena tempiasnya.

Jika sudah dalam situasi sedemikian, biasanya wanita ingin sekali diberi perhatian, didampingi dan keluhannya didengari oleh suami, teman dan juga ibu bapa mereka. Melalui cara itu ia mampu meredakan rasa amarahnya kerana wanita akan berasa kuat dengan orang sekeliling yang mampu memahami situasi yang dihadapi.

 

5.       TERKENANGKAN SESUATU

Teringat kenangan silam baik sama ada yang menggembirakan atau menyedihkan tentu pernah mengalami setiap orang. Sudah tentu reaksinya juga akan berbeza-beza jika mengingatkan kenangan tersebut.

Khususnya bagi kaum Hawa, jika teringat kenangan manis, biasanya dia akan tersenyum sambil cuba kembali ke masa itu. Akan tetapi jika teringat perkara yang menyedihkan sikapnya boleh berubah secara tidak dijangka. Boleh jadi marah atau sedih bergantung kepada situasi dirinya ketika itu.

 

 

 

LELAKI JUGA INGIN DIRI DIFAHAMI

 

Seperti juga wanita yang ingin dirinya difahami, lelaki juga mahukan perkara yang sama terutama dari pasangan yang dicintainya. Oleh itu sebagai isteri tidak ada salahnya untuk member perhatian khusus pada suami agar dirinya mampu berasa selesa dari belaian anda. Ketika suami berhadapan dengan masalah atau menghadapi peristiwa sedih pastikan anda selalu ada di sisinya. Kehadiran anda pada saat itu merupakan kekautan untuknya bertahan dan keluar dari masalah yang sedang dihadapi.

 

Istilah I’ll be your shoulder to cry bukan saja ditujukan kepada kaum wanita yang mudah sekali menangis bila perasaannya terluka tapi juga untuk lelaki. Walaupun mereka pantang mengalirkan air mata di depan wanita khususnya, tapi sebagai manusia rasa sedih tidak dapat dielakkan pada waktu-waktu tertentu.

 

Sebagai seorang isteri anda harus bersedia untuk mendengar segala keluh kesahnya dan membuat dirinya kembali ketawa. Dia juga memerlukan tempat mencurahkan dan berkongsi isi hatinya.

 

Ketika seorang suami dihadapkan dengan pilihan yang mengelirukan, jadikan diri anda di pihak yang neutral dan tidak memihak ke satu-satu pihak. Berikan saranan terbaik untuknya agar mampu membuat keputusan tepat dengan rasa tenang keranan dirinya merasa bahawa anda selalu mendampinginya.