Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Layari cahaya-pemimpin.deviantart.com untuk ke galeri lukisan dan foto kahwin saya. Syukron! X3

Wednesday, July 29, 2009

KATA-KATA UNTUK RENUNGAN BERSAMA

 

~WELL secara umumnya wanita dan lelaki amat berbeza dari segala segi. so byk perkara yg perlu kite ketahui agar hubungan itu sentiasa berseri ^.^~ jom, kite kongsi sedikit sbyk perkara mengenai HUBUNGAN...~ 

~ walaupon dah tahu diri tu amat disayangi pasangan, jgn lew amik mudah n wat tak tahu...sepatutnye, tunjukkan bahawa diri kamu amat memerlukan si dia dan juga PERHATIANnya...~ 

~ amalkan sikap PUJI-MEMUJI antara pasangan, so cinta & kasih sayang x terhakis jika terlalu lame dibiarkan...~ 

~ JAGA penampilan mahupun kesihatan diri, sbb itu amat bermakna buat si dia...~ 

~ even kamu mmg x setuju langsung dgn si dia, tapi...HORMATilah pandangannya. sama-samalah cuba membaiki kelemahan dalam hubungan...~ 

~ adakah kamu terasa dgn si dia?? hehehe, tanya DIRI SENDIRI dulu ape yg kamu telah lakukan padanya...~ 

~ jangan MARAH pasangan menyatakan si dia tidak memahami situasi kamu, tapi ringankanlah mulut utk memberitahu dan berKONGSI hal sebenar agar pertelingkahan tidak berlaku...~ 

~ walaupon sudah bergelar sepasang kekasih, amat digalakkan supaya kekalkan MENGURAT dgn pasangan kamu.. hehehe.. ia sgt diperlukan agar KEMESRAAN itu kekal...~ 

~ saling bantu-membantu meRINGANkan bebanan melalui kata-kata penghargaan, galakan & sokongan...~ 

~ seikhlasnye, ucapan kata RINDU,CINTA dan SAYANG haruslah sentiasa dilafazkan kpada si dia... berjuta sekalipon dlm sehari.. ia tidak akan menjadi sesuatu yg jemu malahan sentiasa dialu-alukan... so? ucaplah selalu! supaya dia tahu apa yg kamu rasa!...~ 

~ (tetapi, utk mereka yg menerima ucapan ikhlas itu, jangan sekali-kali menghambarkan ayat tersebut! WAJIB balas balik menyatakan diri kamu juga begitu) ~ 

~ sebagaimana kite slalu amalkan DOA harian sblm makan, begitu juga dalam perhubungan. sebuah perhubungan yg disirami dgn keimanan adalah petunjuk kepada sebuah hubungan yg SETIA serta BAHAGIA...~ 

CINTA

22 CIRI ORANG MENCINTAI KAMU


1. Orang yang mencintai kamu tak pernah memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu yang dia tahu di matanya hanya ada kamu satu2nya.

2. Kalau kamu sudah memiliki kekasih, dia tak peduli yang penting bg dia kamu bahagia dan kamu tetap impiannya.

3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu seadanya, dimatanya kamu selalu yang paling cantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah berlebihan atau kamu rasa gemuk.

4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan sms seperti “slmt pagi”, ”semoga awk gembira hari ni”, ”selamat malam”, walaupun kamu tidak membalasnya.

6. Kalau di hari ulang tahunmu, kamu tidak mengundangnya setidaknya dia akan menelefon utk mengucapkan selamat atau mengirim pesan.

7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingati setiap hari yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin hari yang kamu sendiri sudah lupa setiap detiknya kerana saat itu adalah sesuatu yang berharga buatnya.

8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata2 yang kamu ucapkan bahkan mungkin kata2 yang kamu sendiri lupa pernah mengatakannya.

9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menyukai lagu-lagu kesukaanmu, bahkan mungkin meminjam CD/cassette kamu, kerana dia ingin tahu apa kesukaanmu, kesukaanmu kesukaannya juga.

10. Kalau terakhir kali kamu bertemu kamu sedang sakit mungkin flu, pening, atau sakit gigi, beberapa hari kemudian dia akan mengirim sms dan menanyakan keadaanmu kerana dia risau akan kamu.

11. Kalau kamu beritahu padanya kamu akan menghadapi ujian dia akan menanyakan bila ujian itu, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan sms “good luck” untuk memberikan semangat pada kamu.

12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu adalah sesuatu yang biasa, tetapi itu adalah suatu barang yang istimewa buat dia.

13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat saat sedang berbicara ditelefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung, saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggoncang dunianya.

14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat denganmu dan ingin menghabiskan hari2nya bersama mu.

15. Jika kamu kena berpindah ke tempat lain, dia akan memberikan nasihat supaya kamu sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling yang mungkin akan membawa pengaruh buruk bagimu.

16. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang pelik seperti menelefonmu 100 kali dalam sehari, atau membangunkanmu ditengah malam untuk mengirim sms atau menelefonmu kerana saat itu dia sedang memikirkanmu.

18. Ketika orang yang mencintai kamu sedang merindukanmu dan melakukan hal2 yg membuat kamu merasa rimas atau gila dan kamu memberitahunya tindakannya membuatkan kamu terganggu dia akan meminta maaf dan akan mengulanginya lagi.

19. Jika kamu memintanya untuk mengajar kamu sesuatu, dia akan mengajar kamu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang paling bodoh di dunia!

20. Ketika kamu melihat handphonenya, namamu menghiasi sebagian besar “INBOX” nya dan dia masih menyimpan msg kamu walaupun pesanan itu sudah kamu kirim sejak berbulan2 bahkan bertahun2 yang lalu.

21. Dan jika kamu menghindarinya atau menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilangkan diri kehidupanmu, walaupun hal itu akan membunuh hatinya.

22. Jika saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan, dia akan ada di sana menunggumu kerana dia tak pernah mencari orang lain. Ya… dia tetap akan menunggumu.



Adakah org yg berada disi mu sekarang melakukannya dgn cara2 seperti di atas?

Kalau ada, jgn mensia-siakan org tersebut.. kamu akan menyesal melakukannya kerana ia hanya akan datang sekali seumur hidup…

SOALAN PSIKOLOGI 'CINTA'

SOALAN:~

1. Jika anda menyertai perlumbaan, kenderaan nombor apakah yang anda guna untuk memulakan perlumbaan?
a. 0 b. 1 c. 2 d. 3 e. 7 f. 99 g. 100

2. Semasa melancong bersendirian di negara asing, anda tergelincir lalu terseliuh dan langsung tak boleh berjalan. Sebuah kenderaan berhenti dan pemiliknya ingin memberikan bantuan, apakah kenderaan tersebut?
a. basikal b. motor c. sport car d. lori e. kuda

3. Jikalau dihidangkan makanan, makanan mana yang anda pilih dulu?
a. kek b. starwberi c. biskut d. puding

4. Buah apa yang memberi imej seseorang yang anda kenali?
a. epal b. tembikai c. anggur d. strawberi

5. Ada serbuk putih dalam pinggan anda, anda teka...?
a. garam b. gula c. dadah d. kanji

6. Ada 5 jenis biskut di hadapan anda. Satu darinya mengandungi racun. Bentuk mana yang anda akan makan?
a. bulat b. tiga segi c. empat segi d. bentuk bintang

Selamat Mencuba! Jawapan untuk psikologi ada di bahagian bawah ini...


JAWAPAN:~

1. MENUNJUKKAN PERWATAKAN DIRI

a. bersifat pendiam serta pemalu & tidak tamak
b. bersifat kebudakan dan ikhlas
c. semangat berkumpulan & memerlukan pertolongan orang lain
d. mementingkan kejayaan dalam unit
e. sentiasa girang & optimistik
f. sentiasa memerlukan pujian & ucapan tahniah
g. sentiasa berpuas hati dengan pencapaian diri

2. MENUNJUKKAN JIWA & PERASAAN ANDA SELEPAS PASANGAN MENINGGALKAN ANDA

a. bercinta secara acuh tak acuh
b. bercinta sepenuh hati, jiwa dan raga
c. jadi kaya dan berharta kerana tak perlu belanja pasangan
d. jadi pemalu dan pendiam
e. jadi raja kerana bebas dari kawalan pasangan

3. JENIS HUBUNGAN CINTA YANG ANDA INGINI

a. perhubungan yang matang dan bersyarat
b. perhubungan yang kanyi
c. perhubungan yang tanpa ikatan
d. perhubungan berbentuk fizikal

4. JENIS PASANGAN YANG INGIN DIJADIKAN TEMAN @ KEKASIH

a. masih dara/teruna
b. kuat memuja anda
c. hanya sebagai permainan
d. pertama kali jatuh cinta

5. APA YANG SELALU BERMAIN DIKEPALA ANDA

a. musuh anda
b. kekasih anda
c. rakan kongsi anda
d. keluarga anda

6. JENIS PASANGAN YANG ANDA INGIN KAHWINI

a. berpelajaran, lemah lembut & tempat bergantung
b. punyai ketajaman persepsi dan ikhlas
c. bersikap jujur, degil dan lurus
d. berwatakan mempesonakan


Terima kasih! ^.^~

Tuesday, July 28, 2009

PESANAN BUAT SAHABAT

' dari Saidina Ali kalamallahhu wajhah, katanya :

-Tiada solat yg sempurna tanpa jiwa yg kusyuk, Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri dari perbuatan sia-sia, Tiada kebaikan bagi pembaca al-Quran tanpa mengambil pengajaran daripadanya, Tiada kebaikan bagi orang berilmu tanpa memiliki sifat wara' , Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang menyayangi, Nikmat yang paling baik adalah nikmat yang kekal dimiliki, Doa yang sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan, Banyak bicara maka banyak pula salahnya, Barang siapa yang banyak salahnya maka hilang harga dirinya, Dan siapa yang hilang harga dirinya bererti  dia tak wara' sedang orang yang tidak wara' itu bermakna hatinya MATI...- '

BERSEDERHANALAH...

' HIDUPLAH DALAM KESEDERHANAAN.. LAKUKAN SEMUA PERKARA DALAM SEDERHANA.. JANGANLAH TERLALU & MELAMPAUI BATAS.. KELAK AKAN MEMAKAN DIRI SENDIRI.. ALLAH AMAT SUKA PADA UMATNYA YANG BERSEDERHANA... JADI... SEDERHANALAH.. '

SEMOGA BERJAYA KELAK! ^.^~ INSYAALLAH...

Assalamualaikum wbt... ^.^~ 28th july 09

...Alhamdulillah.. rasa mcm gmntar bile join blogger wat kali ptame nie... huhu.. sampai dah x tau nak taip ape... x pe lah... blajar dlu... ok, ckup utk masa nie.. nnti ade mase kosong sye tulis lagi... salam~ ^.^~